Manolo Blahnik merupakan jenama pengeluar kasut yang terkenal di seluruh dunia, setelah berkecimpung selama 50 tahun di dalam industri sebagai salah satu jenama pengeluar kasut, kini Manolo Blahnik tampil dengan pelbagai rekaan variasi kasut dari yang paling cantik sehingga ke paling hodoh.
Menariknya, meskipun rekaan fesyen kasut Manolo Blahnik ini di kategorikan “one-of-a-kind” peminat setia antarabangsa jenama ini sanggup berhabisan wang semata-mata untuk dapatkan koleksi kasut pelik ini. Setiap hasil rekaan yang di lukis oleh Manolo Blahnik ini di hasilkan di kilang kasut di Milan.
Kualiti kasut yang bermutu, tahan lama serta memiliki daya tarikan yang tersendiri merupakan kunci utama jenama Manolo Blahnik. Maka tidak hairanlah Manolo Blahnik memiliki peminat setia yang ramai di seluruh negara!
Bagi tahun 2019 ini, sempena kehadiran musim sejuk Manolo Blahnik hasilkan beberapa koleksi kasut dengan rekaan fesyen yang luar biasa!
Koleksi Kasut Paling Cantik
Kasut bersulam ini di beri nama Odette Satin Navy Emblish. Rekaan unik dan klasik ini memberikan gaya anggun kepada si pemakai.
Inginkan tampil kelihatan bertenaga dan berani? Rekaan kasut Manolo Blahnik yang di beri nama Peludis Calf Hair Multi ini pastinya akan membuatkan mata anda tidak berkelip!
Kasut berwarna biru, hitam, putih dan turquoise ini di reka oleh Manolo Blahnik dengan inspirasi daripada corak warna ular! Anda pasti akan tampak berkarisma dengan memakai rekaan kasut ini!
Warna merah merupakan warna yang di gemari oleh ramai wanita yang inginkan kelihatan berani, berkarisma, berdikari, bertenaga dan bersemangat! Nah rekaan Manolo Blahnik yang di beri nama Trona Satin Red ini pasti akan membuatkan mata anda tidak berkelip! Tambahan lagi dengan batu kerongsang besar menjadi penyeri utama.
Mahukan kelainan pada musim sejuk ini, tetapi dalam masa yang sama ingin tampil kelihatan moden. Nah dengan rekaan kasut musin sejuk yang di beri mana Simbu pasti dapat mencuri perhatian mata anda! Dengan rekaan kasut seperti jaring yang berwarna hitam di bahagian depan kasut dengan kontra warna biru memberi elemen moden dan bergaya.
Koleksi Kasut Paling Hodoh & Pelik
Jika di lihat sepintas lalu, kasut ini kelihatan biasa sahaja tetapi apabila di perhati secara dekat, di bahagian tapak kasutnya tampak pelik! Bagi yang nak beli pasti fikir banyak kali kerana risau tidak stabil dek kerana rekaan tapak sebegitu rupa.
Nah, ini lagi pelik! Terus rasa tak selesa nak pakai jika begini rekaannya. Warna dah lawa tapi rekaannya merepek sungguh.
Nampaknya Manolo Blahnik menggemari konsep fesyen kasut berjaring-jaring ini. Tapi yang menjadikan kasut ini pelik adalah pemilihan tapak kasut yang sangat pendek dan tidak sesuai.
Konsep kasut ala angkasawan mungkin? Rekaan kasut dengan ganding pelbagai warna-warna serta corak abstrak ini membuatkan ia seperti elemen kasut angkasa lepas!
Rekaan kasut Manolo Blahnik kalau tak pelik, tak sah! Yang ini dah macam kasut alien pun ada. Fesyen yang cukup luar biasa dari rekaan serta trend yang sedia ada.
Jadi mana satu pilihan anda, ada yang berkena dengan mana-mana koleksi kasut daripada Manolo Blahnik. Untuk ketahui lagi rekaan kasut yang menarik, cantik, pelik dan hodoh. Layari laman web Manolo Blahnik dan lihat sendiri koleksi kasut dari jenama terkemuka ini.