Bila marah, rasa tidak tenteram, tidak tenang, nafas turun naik sehingga boleh menyesakkan dada.
Kita sedia maklum marah adalah emosi normal dan sihat bagi setiap manusia, akan tetapi apabila di luar kawalan, ia akan mengakibatkan masalah yang serius dalam hubungan sesama manusia, bahkan memberi kesan buruk pada mental dan fizikal.
Bila timbulnya rasa marah, apa yang putat anda lakukan dan bagaimana cara mengawalnya agar tidak tempias kepada orang lain dan menyebabkan drama.
Ini Wanista kongsikan tips yang diperolehi dari pakar motivasi yang bertauliah.
Sebaiknya fikir dahulu sebelum bercakap. Hal ini di mana ambil masa untuk berfikir dan menyusun perkataan sebelum anda meluahkan apa yang ingin dikatakan.
Luahkan kemarahan apabila sudah bertenang. Nyatakan isu dengan jelas dan terang tanpa menyakiti orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.
Ambil masa untuk bertenang. Ya, bertenang dalam rahsia mengawal marah paling baik. Diamkan diri dan bertenang dapat membantu anda bersedia menghadapi perkara yang mendatang tanpa rasa geram.
Kenal pasti penyelesaian yang boleh diambil. Caranya dengan mengingati diri sendiri bahawa kemarahan tidak akan memberikan apa-apa, ia hanya menambahkan kerosakan dan kesakitan. Hasilnya, daripada anda berfikir tentang apa yang buat anda marah, anda akan mencari penyelesaian kepada masalah sebenar.
Berjenaka untuk menghilangkan tekanan. Menceriakan suasana dapat menghilangkan tekanan. Walau bagaimanapun, elakkan sindirn kerana ia menyakitkan hati orang lain dan membuat situasi semakin teruk.
Belajar teknik untuk menenangkan diri. Mengambil nafas sedalam yang mungkin, bertafakur, bersenam dan yoga boleh membantu untuk mengawal baran. Anda juga boleh mendigar muzik, menulis, membaca, mandi atau melakukan apa sahaja yang membantu anda untuk bertenang. Yang Islam, banyakkan berdoa ye…
Ketahui bila anda perlu meminta pertolongan. Bila marah luar dari kawalan, pertimbangkanlah untuk meminta tolong dari kawan rapat, doktor atau pakar psikologi, jika tidak, mungkin anda akan menyesal dengan perilaku anda kelak.
Semoga tips di atas dapat membantu anda mengawal amarah sebaiknya. Ingat, fikir dahulu sebelum berkata-kata!