Semakin lama ramai yang mula menyanjung tentang majlis perkahwinan yang ringkas tetapi tetap meriah. Majlis perkahwinan yang serba ringkas sekaligus tidak memberi tekanan kewangan kepada bakal pengantin. Namun harus kena ingat sokongan dari keluarga juga diperlukan. Iyalah biasanya bila ada urusan masuk campur keluarga boleh jadi hancur-lebur segala perancangan yang dibuat oleh kamu dan pasangan.
Kini tema majlis ringkas yang sering dikaitkan ialah teman majlis bohemian. Ianya biasa dilihat sebagai majlis yang kaya dengan dedaunan, bunga dan biasa dibuat di luar seperti taman. Bohemian juga bermaksud ringkas, bebas dan dekat dengan hasil seni halus. Sebagai contoh orang yang digelar sebagai Boho ialah seorang yang sukakan keamanan, chill dan tidak terlalu sarat dengan kebendaan.
Jadi konsep ini telah dibawa kepada satu tema perkahwinan yang minimalis dan pada pendapat Wanista yang paling indah. Kalau anda dalam carian untuk mengadakan majlis kahwin berkonsepkan ‘Bohemian’, mari Wanista kupaskan satu persatu.
Majlis outdoor
Majlis ala bohemian biasanya dilakukan ditaman atau dikawasan lapang yang cantik dengan hiasan semulajadi flora dan fauna. Kalau inginkan kelainan adakan majlis di pantai, dusun buah-buahan, taman bunga atau dewan yang sudah sarat dengan kehijauan alam.
Tiada bling-bling
Para pengantin ‘bohemian’ tidak sesekali memakai pakaian yang penuh dengan cahaya intan pertama tapi sebaliknya dengan hiasan renda. Ini mengembalikan mood romantis dan minimalis pada pengantin. Hiasan pada kepala pengantin pula digantikan dengan tiara dari bunga-bungaan. Sesuai dengan berada majlis diluar, pengantin memang perlu pakai busana yang selesa.
Flora dan fauna
Setiap dekorasi pada meja makan, ruang duduk tetamu dan of course pelamin perlu ditimbunkan dengan dedaunan dan bunga-bungaan. Pastikan dekorasi anda penuh dengan elemen alam semulajadi!
Kebanyakan majlis perkahwinan ‘Bohemian’ biasanya pengantin boleh lakukan secara do it yourself dan mengikut bajet yang rendah. Jika anda mempunyai undangan yang tidak ramai cubalah konsep ini. Jimat pun jimat!