Menghulurkan sesuatu derma bersifat sangat peribadi. Jujurnya kita tidak boleh memaksa seseorang, ia perlu datang dari keikhlasan hati sendiri. Tetapi pernah anda mendengar cerita seseorang dikritik hebat hanya kerana sumbangan yang dihulurkan.
Ya, perkara itu terjadi kepada pengacara nombor satu Korea, Yoo Jae Suk yang hebat dikecam kerana menghulurkan sumbangan derma yang ‘sedikit’ memandangkan statusnya antara selebriti dengan bayaran tertinggi negara Kimchi itu.
Ceritanya begini, baru-baru ini Yoo Jae Suk mendermakan sejumlah 50 juta won (~ $45,000 USD) kepada mangsa kebakaran api Sokcho melalui Hope Bridge Association of the National Disaster Relief. Walaubagaimanapun, sumbangannya telah menerima respon negatif.
Netizen sana mengkritik Yoo Jae Suk kerana tidak menyumbang dalam jumlah yang banyak, yang biasa dilakukannya. Pada mereka, sumbangan Yoo Jae Suk agak sedikit dan ada yang menyifatkan beliau ‘kedekut’.
Yoo Jae Suk sememangnya dikenali dengan sifat dermawan, beliau kerap memberi sumbangan untuk golongan kurang bernasib baik, mangsa bencana alam serta pelbagai lagi. Jadi menuduh dirinya kedekut sangat tidak bernas.