Sebelum ini Wanista ada menerbitkan berita anak perempuan Jackie Chan, Etta Ng yang hidup merempat malah dibuang keluarganya sendiri kerana statusnya seorang lesbian.
Baca: Anak Perempuan Jackie Chan Hidup Merempat, Terdesak Minta Bantuan
Kini, Etta Ng Chok Lam, telah selamat mengahwini teman wanitanya yang juga seorang selebriti Andi Autumn. Laporan media menyatakan bahawa pasangan itu telah mendaftarkan perkahwinan di Toronto, Kanada.
Etta, 19, yang merupakan anak Jackie Chan dan pelakon Elaine Ng Yi Lei, berkongsi beberapa gambar bahagia mereka berdua di Instagram dalam sepersalinan putih sambil memegang sijil perkahwinan.
https://www.instagram.com/p/Bqn3-4jn1E_/?utm_source=ig_embed
Berserta dengan kapsyen; “Cinta sentiasa menang. Sentiasa …”, menunjukkan bertapa pasangan ini bahagia dapat menemui kebahagian satu sama lain dan akan terus mengharunginya bersama.
https://www.instagram.com/p/BqoKC2sgSa2/?utm_source=ig_embed
Pasangan ini telah berkahwin di Toronto memandangkan Hong Kong tidak meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis.
https://www.youtube.com/watch?v=v3s4AxWIgB0