Membaca keperibadian dan watak seseorang dari zodiaknya tidak pernah membosankan. Selalunya akan ada kejutan yang mungkin tidak dijangka apabila mengenali seseorang melalui zodiak mereka, termasuk tabiat buruk dalam kehidupan seharian mereka.
Nak tahu zodiak mana yang terkenal dengan sikap pengotor, pemalas dan jarang menjaga kebersihan…
Libra (Sep 23-Oct 22)
Libra adalah orang yang sukar untuk membersihkan kawasannya. Dari kecil sehingga terbawa ke dewasa, mereka sukar untuk mengubah tabiat hakiki.
- Foto – Cosmopolitan
Libra mengalami kesukaran mengatur barang-barangnya sendiri, bahkan jarang mengekalkan kebersihan diri. Mereka mempunyai banyak pakaian di dalam bilik, dapur yang tidak terurus dan pelbagai lagi perkara kotor.
Leo (Jul 23-Aug 22)
Leo suka menyusun dan menyimpan barang yang mempunyai nilai artistik, walaupun ianya tidak berguna langsung.
Mereka suka kepada reka bentuk dan berfikir ianya menarik jika setiap ruang dipenuhi dengan karya seni, walhal pada akhirnya hanya akan membuatkan rumah penuh dengan barang yang tidak diperlukan.
Aries (Mar 21-Apr 19)
Aries seorang yang aktif dan bertenaga tetapi malangnya tidak memperuntukkan tenaga mereka dengan membersihkan rumah. Walaupun sebenarnya mereka tidak suka kepada keadaan yang kotor, tetapi mereka terlalu malas untuk membersihkannya sendiri.
- Foto – Pinterest
Jadi, Aries akan mengambil semua timbunan dengan menyembunyikan di tempat lain sama ada bawah katil atau almari, asalkan mata mereka tidak melihat ‘semak-samun’.
Ada tak pembaca Wanista dengan zodiak di atas? Setuju tak?