Kylie Jenner.
Di usia baru 20 tahun, Kylie sudah miliki empayar sendiri – Kylie Cosmetics, sebuah aplikasi telefon pintar, jenama pakaian dan kesemuanya itu bernilai $900 juta. Ini menjadikan ibu kepada Stormi Webster salah seorang Wanita Terkaya di Amerika Syarikat oleh Forbes.
https://www.instagram.com/p/BlGA0VgAqBp/?taken-by=kyliejenner
Latar Belakang Keluarga
Sudah tentu Kylie mempunyai permulaan yang baik untuk memulakan perniagaan sendiri kerana dia merupakan sebahagian keluarga Kardahian-Jenner, nama yang cukup kuat, tetapi dia turut bekerja keras untuk mengukuhkan jenamanya sendiri. Menurut Forbes, $800 juta dari kekayaannya datang dari Kylie Cosmetics, yang dimiliki 100 peratus dan terus mempromosikan di Snapchat dan Instagram secara langsung.
Kylie Cosmetics
Debut pada tahun 2015, Kylie memulakan jenama Kylie Cosmetics dengan menggunakan wangnya sendiri $250,000, yang digunakan untuk membayar sebuah syarikat untuk mengeluarkan 15,000 lip kit yang akhirnya terjual dalam masa kurang dari satu minit. Boleh dianggap Kylie merupakan penggerak utama di sebalik trend lip kit.
Bukan itu sahaja, Forbes meramalkan lika Kylie mengekalkan jenamanya untuk satu tahun lagi, dia akan menjadi billionaire termuda dalam sejarah, mengatasi pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang menjadi billionaire di usia 23 tahun.
Update
Semalam, Forbes mengumumkan Kylie Jenner kini merampas takhta Mark Zuckerberg dan menjadikan dia billionaire termuda dalam sejarah dunia dengan hanya produk kosmetik, Kylie Cosmetic.