Penulis agak terkejut bila mendapat tahu nilai aset chef Anthony Bourdain tidak seperti yang dianggarkan.
Anthony Bourdain adalah seorang chef, penulis buku dan pengacara TV. Dilaporkan mempunyai nilai bersih sebanyak $16 juta dolar (RM64 juta) pada saat kematiannya pada tahun 2018.
Baca: Paling Kaya, 5 Selebriti Malaysia Punya Status Kewangan Jutaan Ringgit
Bukan itu sahaja, chef selebriti ini juga telah meninggalkan sebahagian besar harta pusaka $1.2 juta (RM4 juta) kepada Ariane, anak perempuannya yang baru berumur 11 tahun. Dilaporkan, ia merupakan hadiah kepada anak tunggalnya itu daripada seorang bapa. Sweet!
Menurut rekod mahkamah, hartanah Bourdain termasuk $425,000 dalam bentuk wang tunai dan simpanan, $35,000 dalam akaun pembrokeran saham, $250,000 dalam harta peribadi, dan $500,000 dalam ‘harta tidak nyata termasuk royalti dan sisa’. Dokumen juga menunjukkan bahawa Bourdain mempunyai gadai janji bernilai $1.1 juta, tetapi pihak hartanah tidak menjelaskan lebih terperinci hal ini.
Tidak jelas berapa yang diperolehnya setiap episod untuk rancangan TV yang pernah dihoskan sejak tahun 2000 dan berapa banyak yang diperolehnya dari 11 buku yang dikarangnya. Tapi yang pasti, Bourdain mengelilingi dunia bagi merasai makanan eksotik yang ada di setiap negara, jadi sudah tentu lumayan bayarannya.
Terdahulu, Anthony Bourdain dilaporkan ditemui mati akibat bunuh diri di bilik hotelnya di Paris pada 8 Jun 2018.