Power of makeup memang tidak dapat dinafikan lagi. Ia boleh mengubah apa sahaja, tidak semestinya kepada kecantikan, malah kepada efek luka atau kecederaan. Bergantung kepada kreativiti dan pengalaman individu yang tersebut.
Baru-baru ini penulis baru sahaja melayari rancangan realiti di Neftlix iaitu Rupaul’s Drag Race iaitu siri televisyen Amerika Syarikat. Sama seperti program pencarian supermodel yang kita lihat, cumanya Rupaul’s Drag Race mencari penghibur terbaik dalam bidang Drag Queen dalam setiap musim. Sehingga kini ia telah mengeluarkan sebanyak 10 musim.
Apa itu Drag Queen?
Ia budaya yang diperkenalkan pada tahun 1870 sebagai pelagak gaya wanita. Mereka kebanyakan dari kaum lelaki yang suka berpakaian, bersolek dan berkarakter wanita dalam keadaan yang ekstra. Tujuan Drag Queen hanyalah sebagai persembahan hiburan komedi.
Proses bersiap untuk bersolek memakan berjam lamanya dan kebanyakan kostum yang mereka pakai adalah hasil air tangan masing-masing. Rambut, mekap dan kostum mereka teramat over dari wanita tipikal biasa. Mereka ada tujuan dalam mencipta karakter mengikut stail, gaya selebriti atau mesej yang ingin disampaikan.
Penulis suka menonton rancangan ini kerana ia menghiburkan dan kreativiti peserta dalam menyiapkan solekan dan busana yang memang mind-blowing!
6 solekan Drag Queen ini telah mencuri pandangan penulis. Anda lihatlah sendiri bagaimana flawless dan cantiknya mereka dari seorang lelaki kepada wanita Drag Queen.
#1 Aquaria
#2 Nickis Noodles
#3 KimChi
#4 Courtney Act
#5 Naomi Smalls
#6 Valentina
Nah, lihat tutorial mekap ala Draq Queen dari Valentina di chanel Youtube Vogue.
Penulis teringin untuk bersolek dramatik seperti ini. Tapi agaknya lari orang bila tengok! Hahaha~