Musim berganti musim, giliran PUMA sekali lagi untuk memperkenalkan rekaan terbaharu lebih gah untuk wanita berupa sepatu sukan yang digelar PUMA DEFY.
Istimewaa untuk mereka yang berani menonjol, rekaan PUMA DEFY ternyata ranggi dengan reka bentuk lebih sarat disertai cetakan “zig zag” pada keliling tumit.
Kusyen bahagian dalam yang menampung tekanan kaki adalah diperbuat dari jeis PROFOAM -pastinya memberi keselesaan pergerakan si pemakai manakala, konsep knit upper yang dimanfaatkan pula menjadikan sepatu ini ringan membaluti kaki secara kemas.
Melihatkan trend semasa yang banyak menampilkan padanan fesyen kasual wanita yang dilengkapi sneaker, rujuk artikel Wanista [Panduan Gayakan Sneakers Dengan Pakaian Kasual Harian] untuk tips dan helah tepat memakai sneakers ala fashionista.