Sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada sifat diri yang sentiasa berasa kekurangan. Akibat gemar membanding diri dengan orang lain, diri sering berasa tidak puas (tidak bersyukur). Ini seterusnya membuatkan kita terlalu agresif untuk merubah kebaikan sedia ada dalam diri dengan menjadi individu lain tanpa rela. SEBAB APA? Sebab mahu dilihat dan dianggap sempurna oleh orang di sekeliling.
Hal itu membuatkan sepasang suami isteri ini berasa terpanggil untuk meluahkan kata hati serta pendapat peribadi mereka tentang pasangan. Apa yang mengejutkan… ini perkongsian mereka.
Suami Hargai Isteri Yang Ikhlas Menjadi Diri Sendiri
Seperti yang kita tahu, wanita sering merasa ragu-ragu dengan keikhlasan pasangan mereka. Oleh itu, mustahak untuk kita semua jelas cara pemikiran lelaki lebih ekstrem daripada wanita.
Kalau kita anggap diri kita tak cantik dan mungkin berada dalam keadaan yang tidak terurus, bagi lelaki mereka okay saja kerana mereka tahu selepas kita mandi, selepas kita bersolek, kita akan kelihatan cantik dan sempurna DI MATA MEREKA.
Dalam keadaan lain pula, contohnya… kalau kita rasa kita bukan isteri yang baik kerana terbangun lewat pada keesokan harinya, mereka tetap akan menyayangi kita kerana suami yang baik akan faham betapa penatnya si isteri menguruskan hal-hal rumah dan sebagainya. Mereka tahu kamu perlukan lebih masa untuk rehat supaya lepas kamu bangun dari waktu tidur yang cukup tadi, kamu akan jadi diri kamu yang ceria dan mampu mengembirakan hari-hari mereka.
Sekarang dah faham?
Lelaki Sayang Dalam Diam
Mungkin sebab itu kita tidak nampak secara jelas kerana lelaki tak pandai meluahkan. Namun perlu kita tahu, lelaki menyanyangi kita tanpa kita tidak sedar. Kesimpulannya, bila lelaki kata mereka sayang maknaya mereka benar-benar maksudkannya. Jadi tak perlu persoal kenapa mereka sayangkan kita kerana lelaki mempunyai alasan mereka yang tersendiri mengapa mereka jatuh cinta dengan kita.
Ternyata, dalam kekurangan kita ada kelebihan yang bisa menceriakan seseorang. Percayalah pasangan kamu adalah anugerah terindah yang telah diturunkan oleh tuhan buat menemani kehidupan kamu ketika susah dan senang.
Selamat beramal! ❤