Panik dan terkejut dengan situasi yang dihadapi, sebilangan dari penumpang Lion Air dari lapangan terbang Pontianak ke Jakarta terjun keluar dari kapal terbang mereka yang sudahpun siap sedia untuk berlepas.
Penerbangan JT 687 yang dijadualkan ke Jakarta pada 6:50 petang tertunda apabila salah seorang penumpang ‘mengaku’ membawa bom didalam pesawat.
Setelah disoal-siat mengenai insiden tersebut, rupanya ianya hanya salah faham. Lelaki terbabit hanya mengatakan dia membawa laptop atau komputer riba pada krew kabin. “Hati-hati ada laptop, Bu” kemudian dia dibawa ke ruang lain oleh krew tersebut tapi penumpang lain tersalah dengar dan terus panik seterusnya bertindak keluar dari pesawat.
Suasana kelam kabut dapat dirakam oleh salah seorang dari mereka. Penumpang bertindak berani membuka pintu kecemasan dan terjun keluar melaluinya. Apa yang lebih membahayakan, mereka meluncur turun melalui enjin kapal terbang yang masih hidup.
Polis mengesahkan tiada sebarang bom atau bahan letupan ditemui dalam pesawat serta didalam bagasi suspek. JT 687 meneruskan penerbangan ke Jakarta pada 9:45 malam meninggalkan suspek dan baki penumpang yang tercedera.
Ini bukan kali pertama kes ancaman bom secara gurauan diterima oleh pihak berkuasa Indonesia. Pada minggu lalu seorang lelaki membuat jenaka tentang bom ketika pesawat berlepas di Lapangan Terbang Soekarno sehingga menyebabkan kelewatan tiga jam dan dua pegawai daerah ditahan di lapangan terbang Bayuwangi kerana membuat perkara yang sama.