Rasanya isu sudah lama tetapi ternyata masyarakat Korea masih tidak dapat menerima keadaan yang berlaku dan ingin dapatkan penjelasan sebenar dari 2NE1 Park Bom.
Park Bom bertemu dengan unit berita Sports Kyunghyang pada 26 April untuk temu bual eksklusif bagi menerangkan hal sebenar yang berlaku pada dirinya. ‘Sesuatu’ yang perlu dijernihkan agar tiada lagi salah faham dan tohmahan berlaku.
Dia memulakan, “seorang kenalan menghubungi saya dan menyuruh menonton program ‘PD Notebook’ bersama ibu bapa. Produksi program itu menekankan perkataan ‘dadah’ bila mereka bicarakan tentang kes sehingga membuatkan saya dan keluarga tidak selesa. Sangat sukar melihat ibu bapa saya seperti itu. Bila laporan dadah dikeluarkan, mereka terus bertanya, ‘Adakah kamu benar-benar melakukannya?’, dan mereka terus mengeluh.
“Jika saya pernah mengambil dadah sekali pun, saya tetap merasakan ia tidak adil kerana cara penjelasan mereka menunjukkan saya seorang yang jahat. Saya benar-benar tidak pernah melakukan dadah,” terangnya.
Park Bom kemudian menjelaskan bahawa dia mempunyai penyakit peribadi dan terpaksa mengambil ubat sejak dibangku sekolah menengah lagi. Ia adalah ADD (Attention Deficit Disorder), yang merupakan penyakit yang tidak terkenal di Korea.
“Kerana saya, tiba-tiba nama penyakit ini telah diketahui ramai, tetapi ia tidak ada ubat yang betul untuknya, jadi saya mengambil ubat ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Memandangkan ia bukan ubat yang sesuai untuknya, sukar untuk menahan gangguan itu.
“Saya dianggap sebagai penyeludup dadah kerana telah membawa Adderall. Di Amerika Syarikat, ia adalah ubat yang biasa digunakan untuk merawat penyakit seperti saya. Kesilapan saya tidak peka dalam proses membawanya ke sini sehingga menimbulkan syak wasangka ramai terhadap diri saya. Sangat mengecewakan bila orang mengatakan bahawa ubat ini adalah 100 peratus amphetamines.
“Ia sudah lima tahun sejak saya meninggalkan dunia nyanyian. Kerana terlalu ramai orang membenci, saya tidak mahu menjadi penyanyi lagi. Walaubagaimanapun, selepas siaran ‘PD Notebook’, saya merasakan bahawa saya perlu kembali menyanyi. Saya tidak boleh melepaskan apa yang saya mahu lakukan semata-mata salah faham ini.” jelas Park Bom lagi.
Kalau betul Park Bom mahu buat comeback, penulis antara orang yang happy kerana sudah lama tidak mendengarnya menyanyi apatah lagi Park Bom antara vokalis hebat di Korea Selatan.