Siapa tak suka bila ada rakan-rakan yang memuji gambar anda seksi, walaupun sekadar mengenakan pakaian biasa.
Tapi susah nak mendapatkan gambar yang seksi, kena betul caranya kalau tidak silap hari bulan jadi ‘bahan’ oleh follower. Tak ke malu.
Guna sahaja tuala mandi. Ya tuala mandi telah menjadi subjek fesyen selama bertahun-tahun lamanya, malah jurugambar terkenal Mario Testino menjadikan ianya subjek untuk untuk photoshooting.
- Foto – Arkib Wanista
Bukan itu sahaja, kebelakangan ini ia menjadi trend kalangan social influencer, blogger dan sebagainya di Instagram. Even Rihanna juga praktikkan cara ini.
- Foto – Arkib Wanista
Bagaimana Caranya?
Selepas sahaja mandi, bungkus tuala di kepala dan klik, klik – dengan wajah yang semulajadi segar tanpa sebarang mekap, nescaya anda kelihatan seksi. Kalau inginkan kelainan, mungkin boleh tambah sepasang anting-anting untuk memberi warna.
- Foto – Arkib Wanista
Make sure tuala yang digunakan bersih dan bukannya dah berlapuk dan kotor. Nanti tak pasal-pasal breakout naik ke muka.
- Foto – Arkib Wanista
Tak kan anda tak nak cuba?