“Ni baby boy ke girl?”
Soalan paling popular yang diterima oleh bakal ibu dan bapa. Kadang tak tahu nak jawab sebab kandungan terlalu awal dan anda belum buat imbasan perut lagi.
Sebenarnya agak penting untuk tahu jantina bayi kerana anda perlu menyediakan kelengkapan bayi terutamanya pakaian. Beli baju bayi perempuan sekali keluar lelaki, jadi sebagai langkah berjaga-jaga dan mengisi masa kosong dalam meneka jantina bayi kandungan anda. Apa kata cuba teka dengan senarai mitos yang Wanista sediakan ini. Mana lah tau kot-kot tepat pula yang diteka!
#1 Jika ke klinik nanti apa kata anda cuba tanya doktor, berapakah denyutan jantung bayi. Jika 140+ per minit milik bayi perempuan kalau bawah 140 bayi lelaki.
#2 Anda suka makan manis, pedas dan yang sedap-sedap sahaja maknanya bayi anda perempuan tapi kalau sebaliknya seperti masam, masin atau makanan ringan biasanya penangan bayi lelaki.
#3 Biasa wanita mengandung akan glowing tapi lain pula dengan anda. Itu maknanya bayi perempuan dalam perut dah ambil seri anda!
#4 Cuba lihat bentuk perut anda, kalau tinggi dan lebar itu bayi perempuan manakala bulat dan kebawah pula bayi lelaki.
#5 Kalau bayi perempuan anda akan mengalami mual atau morning sickness yang teruk berbanding kandungan bayi lelaki.
#6 Semasa mengandung tangan anda kering dan kasar tanda-tanda dari bayi lelaki berbanding dengan bayi perempuan tangan lebih lembut. Tapi kalau dah tau tangan kering, pakailah losyen ya.
#7 Semasa mengandung wanita akan mengalami beberapa perubahan tubuh badan terutamanya payudara. Anda boleh tentukan jantina bayi dengan saiz payudara. Jika payudara kiri lebih besar, bayi lelaki jika sebelah kanan lebih besar itu bayi perempuan.
#8 Bila bangun tidur nanti, ingat untuk periksa cara anda tidur, jika anda lebih suka mengiring ke kiri ianya bayi lelaki. Jika ke kiri bayi perempuan lah kan.
#9 Kalau anda lebih beremosi dan suka marah-marah semasa mengandung itu penangan dari bayi perempuan.
#10 Atau anda ambil sahaja pemeriksaan online di babyMed ini. Cubalah!