Seperti yang kita semua sedia maklum, produk kosmetik Korea bukan sahaja berkualiti dari segi segi ramuan organik yang digunakan malah, pembungkusannya juga kadang-kala menjangkau imaginasi logik akal sekaligus membuatkan K-Beauty itu sendiri bersifat unik.
Baru-baru ini jenama popular Banila Co. tampil dengan koleksi perkakas serta kosmetik baharu yang diinspirasikan daripada anjing comel spesis Corgi.
Antara item yang menjadi rebutan adalah berus yang berbentuk seperti kaki anjing ini dipanggil Mung-Moongs’s Paw Brush ini!
Menurut jenama itu, berus ini bukan sengaja dicipta comel akan tetapi, potongan lekuk pada permukaan bulu berus itu sendiri sebenarnya mempunyai tujuan di mana, ia dikatakan ideal dengan bentuk rahang manusia.
Bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat teknik solekan contouring, berus ini memiliki kepelbagaian fungsi yang juga boleh dimanfaatkan sebagai berus pemerah pipi dan berus untuk meratakan bedak asas (foundation).
Nampaknya, pasti ramai yang ingin mencuba keberkesanan berus ini kan? Kalau dah suka dan teringin tu, bolehlah pergi mana-mana kaunter atau kiosk Banila Co. seluruh Malaysia untuk dapatkan berus edisi terhad ni okay.