Seperti biasa, apabila kita sudah bekerja seharian, mestilah badan lekas letih. Lebih-lebih lagi apabila kita banyak berjalan untuk turun naik tangga dan sebagainya. Tenaga yang dikeluarkan saban hari tidak bertepatan dengan kuantiti serta khasiat makanan yang dinikmati sewaktu sarapan dan makan tengahari.
Jadi, apakah cara terbaik untuk kita semua memulih keadaan tubuh yang keletihan sehingga memberi efek negatif terhadap kesihatan mata, fungsi otak, kelancaran usus, kehilangan metabolisma dan lain-lain? Nasihat pakar, anda perlu mengambil beberapa makanan ini yang menurut kajian mampu menambah serta mengekalkan tenaga.
#1 Untuk Mata
Mata akan jadi penat bila asyik menghadap skrin komputer hampir separuh hari ketika di tempat kerja, sebaik tiba di rumah tanpa sedar anda memaksa mata untuk celik melihat telefon pintar dan televisyen pula. Oleh itu, ini antara makanan yang boleh diamalkan untuk mengembalikan kesihatan dan kesejahteraan mata anda ke tahap yang normal.
- Sayuran hijau (salad, bayam, sawi)
- Telur
- Buah-buahan sitrus (daripada keluarga limau)
- Beri (strawberi, beri biru)
- Kekacang
- Ikan air sejuk (salmon, tuna, makaral)
#2 Untuk Sistem Ketahanan Badan
Pejabat dan tempat awam adalah kawasan berisiko untuk anda terdedah kepada bakteria dan kuman lain. Sebab itu rata-rata kita terlalu mudah dijangkiti selesema dan batuk. Sebagai langkah perlindungan, amalkan pemakanan ini…
- Buah-buahan sitrus (daripada keluarga limau)
- Cili benggala merah
- Brokoli
- Bawang putih
- Halia
- Kiwi
- Buah betik
#3 Meningkatkan Metabolisma
Lebih cepat kadar metabolisma tubuh anda bergerak, lebih cepat dan banyak kalori dihapuskan. Hanya duduk di pejabat membuatkan tubuh anda malas memproses lebihan dan sisa perkumuhan.
- Rumpai laut
- Kopi
- Teh
- Herba dan rempah-ratus (halia, buah pelaga, serbuk cili)
- Kekacang
- Daging tanpa lemak (ayam, ayam belanda)
#4 Fungsi Otak
Makan makanan yang sihat bukan sahaja memberi manfaat kepada tubuh, ia juga bantu otak untuk berfungsi dengan lebih cerdas. Kadang-kala apabila otak dipaksa untuk menyelesaikan tugasan harian, ia seolah beku dan terhenti kerana terlalu penat. Cara memulihnya adalah dengan mengamalkan makanan seperti….
- Ikan air sejuk (salmon, trout)
- Bero biru
- Kekacang dan bijian benih
- Makanan kaya serat (bubur, roti bijirin penuh, beras perang)
- Jus buah delima
- Coklat gelap
#5 Kelancaran Usus
Menurut kajian, pekerjaan yang tidak aktif mampu meningkatkan risiko untuk terkena kanser usus sebanyak dua kali ganda. Jadi, cuba halangnya dengan melakukan senaman serta mengamalkan diet yang sihat menerusi pemakanan sebegini termasuklah…
- Brokoli
- Bayam
- Buah-buahan sitrus (daripada keluarga limau)
- Aneka beri
- Makanan tinggi serat (bubur, roti bijirin penuh, beras perang)
Selamat beramal! ❤️