Wah, siapa sahaja yang tidak kenal dengan selebriti berbibir seksi ini? Siapa lagi kalau bukan Rihanna!
Daripada hujung rambut sehingga hujung kaki, kelibat beliau tidak akan terlepas daripada pemerhatian lensa kamera yang dikawal paparazi.
Biarpun usianya baru menginjak 29 tahun, kekayaan dan populariti yang dikecapinya kini sudah boleh dipandang tinggi malah mungkin lebih hebat daripada bintang-bintang ternama yang sudah makan garam dahulu daripadanya. Ya, itulah penangan Rihanna yang bukan sahaja diagungkan ramai kerana muzik dan lagu-lagu yang dibawakannya malah, beliau turut membawa nama sebagai ikon fesyen terulung tahu?!
Mengikut pemerhatian Wanista, ini 5 trend fesyen jalanan ‘berani mati’ yang dimulakan oleh Rihanna sebelum ia menjadi ikutan fashionista seluruh dunia.
#1 “Braless”
Tidak hairan di negara barat, gaya sebegini sudah menjadi norma bagi selebriti wanita di sana. Biarpun harus membuat kemunculan di majlis-majlis keramaian mahupun di tempat-tempat awam, Rihanna tidak gentar untuk menonjolkan bahagian dadanya tanpa memakai coli.
Gaya tersebut boleh dianggap ‘liar’ dan kurang sopan, namun Rihanna sebagai penggerak trend fesyen semasa sanggup menonjolkan dirinya dalam apa jua keadaan biarpun ia dianggap jelik di mata pandangan orang.
#2 Bulu Warna-Warni!
Diva! Ramai yang melabel Rihanna dengan gelaran tersebut kerana beliau memang suka bergaya sakan untuk tampak menyerlah dan unik.
Berani sahaja tampil dengan rona-rona memukau sehingga buat mata orang berpinar, beliau tidak pernah bosan menggenakan kot berbulu sebegini kerana mampu memancarkan aura gah secara bersahaja.
#3 Pakaian Luar “Oversize”
Sedang pada kita asyik memakai yang ketat-ketat untuk menonjolkan bentuk badan mengiurkan, Rihanna pula suka menggayakan statement peice yang saiznya jauh lebih besar daripada helaian normal.
Eksentrik dan berkelas, itulah yang membuatkan Rihanna lain daripada yang lain kerana pilihan fesyennya sungguh sempoi.
#4 Dress Tidur
Jauh di luar kotak, siapa sangka Rihanna mampu menggayakan dress tidur dengan cara paling mewah. Nampak cantik dan bergaya habis pula tu!
Memang layak untuk beliau digelar fesyen goddess kerana bijak menggunakan pakaian ‘murah’ kemudian mengubahnya menjadi sesuatu yang kelihatan mahal dalam sekelip mata! Gaya slip dress kini banyak menjadi ikutan anak remaja yang gemar berfesyen. Thank you for bringing up the idea Rihanna.
#5 Tumit Tinggi Bersama Stokin
Jika anda mengikuti perkembangan Rihanna, anda pastinya sedar akan salah satu trend fesyen kegemaran Rihanna iaitu memakai tumit tinggi dengan stokin.
Tak kisah lah sama ada ia stokin yang polos, berperincian atau yang diperbuat menggunakan fabrik mewah seperti baldu, Rihanna buat ia tampak berkelas biarpun dianggap pelik oleh kebanyakan orang.
Ha, ada yang terngin nak cuba tak? ❤️