Aktres yang sinonim dengan watak Hermione Granger dalam filem bersiri Harry Potter ini memang sentiasa tampil menawan apabila melalui karpet merah.
Pilihan fesyennya serta gaya mekapnya tidak pernah silap. Emma Watson sentiasa tampil elegan tanpa menenggelamkan usianya yang muda. Aktres yang lahir pada tahun 1990 ini sering dilihat tampil dengan warna hitam putih namun tidak pernah membosankan sebaliknya fesyen pilihannya membuatkan gayanya tampak chic dan effortless.
- Foto – PopSugar
Agaknya apa rahsia Emma sentiasa tampak flawless di karpet merah? Ini antara tips yang Emma Watson amalkan:
1. Dahulu saya bukanlah jenis yang suka memakai gincu kerana bimbang saya akan mencomotkan penampilan. Namun kini gincu adalah keperluan bagi saya untuk menyuntik elemen segar pada wajah!
2. Kalau anda tidak mahu jatuh sakit, pastikan anda mengambil makanan tambahan seperti Vitamin, ia sebenarnya dapat melindungi anda dari sebarang jangkitan.
3. Amalkan berjalan selama 40 minit setiap hari, ia mampu membuat diri rasa sihat dan rasa segar.
4. Baru-baru ini ada jurusolek memakaikan penggaris bibir rona asli pada bibir saya dan saya amat menyukainya malah ia membuat bibir tampil sihat.
Siapa sangka trik Emma Watson ni sangat mudah, kita pun boleh cuba!