H&M terusan meluaskan empayarnya apabila dengan pelancaran butik di Genting Highlands, Pahang. Butik H&M akan dibuka di SkyAvenue Shopping Mall.
Butik ini akan mengalu-alukan para pelanggan dengan trend fesyen terkini, yang mesti dimiliki oleh wanita, lelaki, remaja dan kanak-kanak.
Menariknya lagi, sempena sambutan pembukaan pada 5 Oktober 2917, 200 pelanggan pertama dalam talian akan menerima beg tote H&M eksklusif dan berpeluang untuk memenangi baucar membeli-belah bernilai sehingga RM500 dalam cabutan bertuah. Semua baucar hanya sah pada hari pembukaan di H&M SkyAvenue, Genting Highlands sahaja.
H&M SkyAvenue terletak di Lot 60, Level T2A & Lot 58, Level T2B, SkyAvenue, Resorts World Genting, Genting Highlands. Waktu buka kedai dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum.