Kali ini bersempena musim luruh, Tommy Hilfiger bakal melancarkan rekaan kaca mata hitam hasil ilham kolaborasi bersama bintang jenamanya iaitu Gigi Hadid.
Perinciannya jauh lebih ringkas namun masih mampu memancarkan aura supermodel seperti yang dimiliki Gigi.
Aksesori kaca mata hitam itu turut dipamerkan menerusi pertunjukan fesyen jenama Tommy Hilfiger yang telah berlangsung di London bersempena Minggu Fesyen London (LFW) pada 19 September baru-baru ini.
Meraikan keghairah era tahun 90-an, stail kaca mata ini menonjolkan perincian logam emas dan lensa berpotongan bujur untuk menyerlahkan sisi rock and roll.
Lebih menarik, penghujung tangkai kaca mata dibaluti kanvas jenis denim yang membuatkan rekaan kali ini tampak mewah belaka sekaligus lain daripada yang lain.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [global.tommy.com/tommyxgigi]