Sebelum ini, kekecohan yang melibatkan tiga pelancong Malaysia di sebuah rumah tumpangan “Vitti Lodge & Family Apartment” sehingga membuatkan rumah tumpangan berkenaan tidak lagi menerima sebarang tempahan dariapda warga Malaysia.
Namun, Vitti Lodge & Family Apartment telah membuat keputusan untuk membuka semula tempahan kepada rakyat Malaysia mulai semalam. Tiga pelancongan Malaysia terbabit didakwa telah membuang air besar di bilik mandi rumah tumpangan itu.
“Kami telah menutup tempahan daripada warga Korea dan China daripada menginap tempat kami dan kini kami akan menutup tempahan untuk rakyat Malaysia juga,” menurut satu kenyataan pada Jumaat.
Namun, dalam satu kenyataan terbaharu di akaun Facebook pada Sabtu, Vitti Lodge & Family Apartment mengambil tindakan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas video permohonan maaf individu dipercayai bernama Ku Hidayat yang didakwa ‘membuat kecoh’ di rumah tumpangan tersebut, dimuat naik di laman Facebook Vitti Lodge & Family Apartment.
Alahai kenapalah nak buat perangai bila pergi negara orang. Lain kali jaga adab dan tata susila orang Malaysia okay…