Dalam rangka kerjasama antara Guardian dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017.
Tema Hari Alam Sekitar tahun ini adalah Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar (Connecting People to Nature) dengan tujuan menyeru orang ramai untuk peka dengan kesejahteraan bumi, memelihara sekaligus memulihara kejadian alam agar memberi manfaat kepada generasi akan datang kerana manusia juga adalah sebahagian daripada kejadian alam.
Rangkaian produk penjagaan tubuh organik, Botaneco Garden yang diedarkan Guardian Malaysia turut tampil memberi sokongan kepada Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia menjelang 5 Jun nanti dengan menyalurkan 1 peratus (1%) hasil jualan setiap satu produknya sepanjang bulan ini kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia demi membiayai kos serta usaha menjalankan penghutanan semula paya bakau di Kuala Selangor.
https://www.instagram.com/p/BUwIqbJDpP6/?taken-by=wanistadotcom
Selari dengan fokus persatuan itu sendiri untuk memulihara habitat di Malaysia di samping melindungi warisan alam semula jadi negara seperti hutan paya bakau yang merupakan salah sebuah lanskap ekologi sensitif.
Untuk pengetahuan umum, hutan paya bakau amat penting kepada ekosistem sungai. Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ bisa memberi mesej berguna kepada masyarakat tentang hubungan manusia dengan alam sekitar yang patut dijalin utuh sampai bila-bila. Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh melawat ke kawasan hutan paya bakau di Taman Alam Kuala Selangor bagi mendekatkan diri dengan habitat spesis binatang serta tumbuhan di situ.
Taman Alam Kuala Selangor adalah kawasan habitat untuk 150 spesis burung, haiwan-haiwan kecil, ikan, amfibia serta reptilia seperti memerang, langur (Silvered Leaf-Monkey), kera berekor panjang dan banyak lagi, Namun kerakusan manusia sememangnya memberi impak negatif terhadap semua hidupan di sini.
Ayuh sama-sama kita hulurkan bantuan dan tunjukan sokongan menerusi pembelian produk organik Botaneco Garden yang bebas pengawet, pewarna, paraben serta silikon.
Untuk keterangan lanjutberkenaan produk yang berasaskan minyak argan dan minyak zaitun dara asli ini, sila klik [www.botanecogarden.com/en-my].