Okay apa azam tahun baru anda? NAK KURUS! Semua orang inginkan badan yang kurus dan ramping. Namun, tidak semua tahu cara terbaik dan berkesan untuk mencapai impian tersebut.
Bila anda lihat selebriti Korea, mesti anda rasa kecantikan mereka itu semua dengan bantuan pembedahan plastik. Tapi perlu diingatkan mereka juga amalkan diet untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian. Kadang-kala terfikir BAGAIMANA MEREKA LAKUKAN? Mungkin kerana mereka menjaga pola pemakanan dan pola tubuh mereka atau mungkin makan dalam jumlah yang sedikit.
Tetapi perlu diingatkan apabila susuk tubuh terlalu kurus juga boleh mendatangkan mudarat. Sebagai contoh, beberapa model seluruh dunia sebelum ini meninggal dunia akibat terlalu taksub ingin kurus berbanding yang lain, sehingga mengabaikan kesihatan diri.
Seperti beberapa Idola Kpop ini yang mengalami susut berat badan yang agak memudaratkan malah menimbulkan kerisauan pada peminat. Siapakah mereka yang penulis maksudkan?
#After School Lizzy
Ramai beranggapan Lizzy mengalami masalah anoreksia sementelah mengalami susut berat badan yang agak memudaratkan. Anda lihat sahaja bahagian kakinya yang menampakkan tulang.
#After School UEE
Mungkin ingin kelihatan lebih dewasa dan matang menyebabkan pelakon yang meningkat naik ini sanggup mengikat perut sehingga menjadi sekurus sebegini.
#DIA Chae Yeon
Bukan sahaja peminat yang risau malah CEO agensinya sendiri juga turut bimbang dengan penampilan Chae Yeon yang kini terlalu kurus.
#F(X) Luna
Peminat rindukan Luna yang dahulu nampak lebih seksi dengan badan yang berisi.
#SNSD Taeyeon
Taeyeon mendedahkan dia mengalami penurunan berat badan sebegini disebabkan jadual padat sehingga tidak mempunyai masa untuk makan. Hurmmm kesiannya!
#SNSD Yoona
Yoona mengakui selama bertahun-tahun dia bekerja keras untuk mendapatkan berat badan ideal tetapi disebabkan jadual yang padat, dia sama seperti Taeyeon tidak mempunyai masa untuk makan dengan betul.
Ada Kpop Idol kesayangan anda termasuk dalam senarai?