“What you see can hurt you”
Siapa sangka suatu kebetulan bertukar menjadi situasi getir yang mengubah kehidupan seseorang.
Penulis berpeluang menonton tayangan perdana ‘The Girl On The Train’ semalam. Dalam fikiran Penulis “alah cerita macam ni twist plot jer”, tipikal orang Malaysia, hahaha. Padahal tak tahu filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang berjaya dijual sebanyak 2 juta salinan dalam hanya masa 3 bulan sahaja. Bagi penulis filem digarap dengan ringkas dan meninggalkan pesanan ‘khas’ buat semua wanita.
Mengisahkan kehidupan 3 wanita yang masing-masing memiliki kehidupan yang berbeza Rachel, Anna dan Megan. Namun, mereka berhubung kait dengan suatu pembunuhan yang misteri. Misteri kehilangan Megan menjadi tanda tanya dan Rachel pula tiba-tiba muncul untuk terjebak sama menyelongkar kehilangan Megan. Lebih menarik, Megan merupakan pengasuh dan juga jiran kepada Anna iaitu isteri baharu bekas suami Rachel.
Setiap rahsia disebalik mereka diselongkar perlahan-lahan, rahsia Rachel yang menaiki keretapi yang sama setiap hari, rahsia Anna yang menyimpan rasa sangsi terhadap suaminya dan rahsia si malang Megan yang mempunyai kisah silam tragis.
Plot cerita yang berkembang mengikut sebelum waktu pembunuhan, membuat Penulis tertanya-tanya siapakah disebalik dalang pembunuhan tersebut. Dan apa motif sebenar pembunuh tersebut ? Lakonan Emily Blunt sebagai Rachel, wanita yang mengalami masalah ketagihan alkohol menjadi perhatian Penulis. Beliau berjaya menjiwai watak sadis kasihan melalui dari bacaan mata yang beliau paparkan.
Bagi anda yang dah lama mencari filem thriller tanpa aksi ngeri a.k.a pembunuhan dashyat, boleh tonton filem ini. Pengarah bijak memainkan elemen suspen melalui bentuk videografi dan suasana set yang suram.
Filem ‘The Girl On The Train’ berada dipawagam bermula hari ini (6 Oktober 2016). Sebelum nak ke pawagam, jom tonton dulu trailer supaya dapat aura kejutan.