Sempena Ulangtahun 125 Shell Malaysia mengeluarkan koleksi edisi terhad bekas kanister ‘Shell Heritage Canister’ yang berada di seluruh stesen petrol Shell negara sehingga 31 Oktober 2016, koleksi istimewa ini direka mengikut stesen petrol Shell dari tahun 1920 hingga 1980.
Kanister ini mempunyai dua saiz – mini dan besar. Pelanggan yang mengisi petrol minima RM 40 layak membeli kanister bersaiz besar pada harga RM 12.90 dengan didatangi pelekat peti ais, manakala yang membelanja RM 6 mana-mana produk di Shell Select, layak membeli kanister bersaiz mini pada RM 7.90. Setiap rekaan baru akan dikeluarkan setiap minggu dan akan berada di stesen Shell seluruh negara, tertakluk pada stok.
Selain itu rebut peluang untuk mengumpul ‘Limited Edition Shell Tanker’ dan ‘Helix Car Care Kit’ dengan rekaan vintaj kanister minyak Shell . Isi minima RM 40 petrol Shell pada 16 hingga 22 Oktober, pelanggan boleh membeli ‘Limited Edition Shell Tanker’ dengan harga RM 12.90. Bagi yang berbelanja Shell Helix HX5 3L/4L layak mendapat ‘Helix Car Care Kit’ pada harga RM 12.90.
Untuk maklumat lanjut mengenai kanister edisi terhad ini , sila layari www.shell.com.my/heritagecanister atau mengenai ulangtahun 125 Shell Malaysia, lawati www.shell.com.my/125years