Excited nya nak travel ke luar negara ! Sudah berangan-angan sampai ke destinasi. Tapi sudah sediakah anda dengan kelengkapan atau info mengenai proses ke luar negara. Urusan percutian ke luar negara lebih banyak dan penting dari bercuti didalam negara. Scroll perlahan-lahan senarai persediaan ke luar negara yang Wanista kongsi ini. Kalau ada yang dah settle, tick right, kalau ada yang belum sila bertindak sekarang!
Tempah Tiket Penerbangan dan Hotel
Seeloknya tempah awal untuk tiket penerbangan, 6 bulan awal dari tarikh cadangan pada masa itu harga lebih jauh lebih rendah. Penginapan hotel seeloknya sebulan atau 2 minggu sebelum. Pilih hotel yang berhampiran dengan city center supaya anda mudah untuk akses kemudahan bandar.
Perbaharui Passport
Tanpa ‘alat kuasa’ ini anda tak akan dapat memulakan perjalanan ke luar negara. Pastikan anda pastikan tempoh passport anda sah 6 bulan dari tarikh perjalanan. Jika tidak, terus ke pejabat Imigresen proses menyiapkan passport hanya ambil tempoh satu jam sahaja!
Semak Status Perjalanan Dengan Imigresen
Jangan merasa senang lagi, bagi yang ada buat pinjaman PTPTN atau dengan bank, ini lah masanya untuk mengetahui moment sebenar anda berjaya atau tidak ke luar negara. Walaupun anda sudah mempunyai passport tapi boleh terjadi bila sampai di kaunter pemeriksaan imigresen anda ditahan gara-gara tanggungan pinjaman. Jadi lebih baik anda semak status anda di link ini STATUS PERJALANAN.
Periksa Negara yang Anda Lawati Perlu Visa atau Tidak
Perkara ini sangat penting kerana ada sesetengah negara memerlukan visa bagi rakyat Malaysia. Antara negara yang memerlukan visa ialah China, Amerika, India, Mesir dan banyak lagi. Pastikan anda tahu proses permohonan visa dari setiap negara berbeza dan kadangkala mengambil dua hari atau seminggu.
Sediakan Bajet Kewangan yang Secukupnya
Senaraikan bajet untuk bayaran penginapan, tiket masuk tempat lawatan, makan, pengangkutan, urusan kecemasan dan sebagainya. Juga pastikan duit didalam akaun bank tersedia sekiranya (bukan lah Wanista doakan yang buruk) anda kehilangan wang cash ditangan. Ingat! Second plan sometimes becomes everything.
Tukar Duit atau Matawang Asing Sebelum Berlepas
Lebih ‘cantik’ anda tukar duit seminggu sebelum berlepas. Penulis pernah ada pengalaman tukar duit di lapangan terbang. Aiyoo! Tukaran mata wang lebih mahal dan penulis rasa rugi sangat. Sentiasa check harga matawang negara tersebut, kalau rasa okay. Baik anda cepat-cepat pergi ke pengurup wang dan juga pastikan pengurup wang berlesen ya!
Aktifkan Kad Debit atau Kad Kredit
Kalau dah bawa kad debit atau kredit, jangan tak aktifkan pula. Alamatnya sia-sia sahajalah. Pastikan anda aktifkan di mesin ATM sebelum berlepas atau rasa curiga dan memang noob terus sahaja ke bank.
Sediakan Pakaian yang Sesuai Dengan Cuaca Destinasi
Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.
Bawa Adaptor dan Plug International
Untuk pengetahuan newbie yang bakal terbang ke luar negara, plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Search dahulu bentuk plug negara yang bakal anda pergi atau lebih mudah beli sahaja plug international yang ada semua bentuk plug. Bagi penulis, plug sangat penting sebab sayanglah tak sampai separuh hari bateri kamera anda dah habis, hilang mood nak bercuti.
Cetak Semua e-Tiket Jika Beli Secara Online
Kebanyakan servis penerbangan, hotel, pengangkutan atau tiket lawatan sekarang memudahkan pelanggan untuk menyimpan e-tiket didalam telefon bimbit. Jangan ambil mudah, apa akan terjadi tiba-tiba sahaja telefon anda rosak atau hilang ? Cuak! Ambil inisiatif untuk mencetak sahaja e-tiket anda bagi penerbangan pergi dan balik, dan simpan.
Sediakan Itinerari Sebelum Melancong ke Luar Negara
Oh please! Jangan main pakai ‘ceroboh’ sahaja ke negara orang. Study masa perjalanan, masa dan jenis pengangkutan yang disediakan untuk sampai ke destinasi. Bagi yang Muslim, pasti tahu kedai makan Halal atau vegetarian yang sesuai untuk stop makan dan yang menyediakan tempat solat selain Masjid. Sediakan aktiviti dan tempat-tempat menarik, takkan nak stay dalam bilik hotel jer kan?
Simpan Nombor Telefon Kedutaan Malaysia Di Negara Yang Anda Kunjungi
Sangat berguna sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan passport atau kemalangan. Pihak kedutaan boleh membantu anda.
Letak Ubat Didalam Satu Bekas dan Labelkan
Senaraikan ubat di bekas atau plastik dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen. Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat. Selalunya mereka juga akan bertanya samada anda mahu declare apa-apa barangan. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.
Bawa Bekalan Makanan Walaupun Anda Merancang Makan Di Luar
Siapa tahu rancangan ke sebuah restoran Halal tidak menjadi, restoran itu sudah tutup atau berpindah ke tempat lain. Bawa lah bekal seperti roti, mee segera atau serunding bagi yang kurang selera dengan makanan luar.
Sediakan Botol Air yang Boleh Di Lipat Ke Mana Sahaja
Ada dua kepentingan apabila membawa botol air. Satu, untuk menghilangkan dahaga dan rasa penat. Dua, sebagai alat membersih ketika berada didalam tandas. Tandas diluar negara kebanyakan tidak mempunyai paip air. Tak selesa pulak kan bagi kita yang biasa mencuci ni? Hehehe.
Jadi ada tak yang masih berlubang? Kalau ada, cepat ready sebelum anda nak berlepas, jangan tunggu last minute takut nanti ada yang terlepas pandang.