Merupakan IPTV (Internet Protocol Television) pertama serta saluran televisyen atas talian berbayar yang terbesar di Hong Kong, VIU kini menawarkan pelbagai rancangan, filem serta drama sensasi terkini dari seluruh negara!
Berikutan trend K-drama yang semakin mendapat tempat di hati penonton, VIU membawakan siri drama terhangat berjudul “Uncontrollably Fond” dibintangi oleh Kim Woobin dan Bae Suzy yang bisa ditonton oleh rakyat Malaysia melalui laman web tontonan secara atas talian VIU.
Berkisarkan tentang ceritera cinta yang penuh dengan onak dan duri, drama yang bakal meruntun jiwa anda ini telah pun ke udara bermula 6 Julai yang lepas iaitu merupakan tayangan serentak di Korea -turut disertai sari kata bahasa Inggeris.
Teruskan mengikuti perkembangan terkini berkenaan drama-drama antarabangsa baharu yang menarik untuk ditonton di laman rasmi Facebook VIU di www.facebook.com/ViuMalaysia.
Viu membolehkan pengguna mengakses pelbagai siri rancangan dan drama pada kadar bayaran yang berpatutan berserta kandungan premium tambahan dengan hanya RM10 sebulan untuk yuran langganan. Jika berminat, anda boleh memanfaatkan tempoh percubaan selama 30 hari tanpa had.
VIU boleh dipaparkan melalui tablet dan peranti mudah-alih seperti telefon pintar, muat-turun boleh dilakukan melalui aplikasi Google Play, Apple App Store mahupun melalui Telekom Malaysia, Maxis One Malaysia, U Mobile Video Onz serta Digi Video Freedom.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.viu.com/en