Jenama Pizza kegemaran ramai, Domino’s Pizza baru sahaja mengumumkan kempen yang bertujuan untuk memberi keuntungan serta kelebihan kepada warga Malaysia.
Sepanjang berada dalam industri penyediaan makanan, Domino’s Pizza setiasa mengambil kira harga servis penghantaran yang dibuat kepada para pelanggan. Oleh itu, Domino’s Pizza begitu komited dengan menawarkan pelbagai hidangan pada harga yang sangat berpatutan supaya semua orang dapat merasa.
Bergerak untuk lebih maju, kempen “Bonus For All” ini akan memberikan lebih banyak tawaran hebat serta nilai yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat demi menghargai setiap sokongan yang diberikan masyarakat selama ini terutamanya bagi mereka yang merupakan peminat pizza yang tegar.
Domino’s Pizza ingin selalu memberi yang terbaik kepada para pelanggannya selain memegang nama sebagai pakar servis penghantaran efisyen yang terhebat di dunia.
Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan bahagian Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata, “Dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar, orang ramai lebih berhati-hati untuk mengeluarkan wang mereka. Kami sebagai sebuah syarikat yang peka akan kehendak orang ramai, sehabis baik ingin memenuhi keperluan pengguna selari dengan komitmen kami yang tidak lokek dari menawarkan nilai berganda kepada pelanggan yang dikasihi”.
“Meskipun servis penghantaran perlu dibayar pada harga tertentu, sebagai pulangan, mereka akan menerima baucar istimewa serta diskaun promosi”, tambahnya lagi.
Untuk memberi lebih penjimtan, pelanggan boleh menebus baucar diskaun, tawaran apada harga promosi untuk setiap pembelian di semua cawangan Domino’s seluruh Malaysia sehingga 31 Mei 2016. Baucar bernilai RM3, RM8 dan RM15 akan diedar kepada pelanggan untuk semua jenis hidangan yang ada di dalam menu.
Bagi yang membeli terus dari restoran, samada makan di situ mahupun dibawa pulang, baucar diskaun RM3, RM8 dan RM15 akan membolehkan pelanggan menebus 2 pizza bersaiz serdehana (regular), 2 pizza bersaiz besar (large) dan 2 pizza bersaiz lebih besar (Xtra) untuk pembelian mereka yang seterusnya.
Sebagai bonus tambahan, kempen Bonus For All turut akan memberi apresiasi kepada Wira Yang Tidak Dikenali (Unsung Heroes) yang telah banyak berkorban untuk keluarga dan masyarakat. Meskipun, jasanya tidak diangkat kebanyakkan orang, Domino’s Pizza akan memberi penghargaan kepada para wira setiap hari dengan turut memberi peluang kepada mereka menikmati diskaun hebat menggunakan baucar untuk menebus set hidangan istimewa.
Domino’s Pizza tidak mahu ketinggalan untuk mewujudkan detik-detik kegembiraan yang bisa mengubah kehidupan seseorang. Kempen Bonus For All adalah inisiatif yang dibangunkan untuk pihaknya menunjukkan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.dominos.com.my