Versace kembali ber-Versace!
Segar rasa mata memandang koleksi baharu Versace Resort 2025! Tanpa sedar ia menggamit semula saat kegemilangan fesyen retro, potongan simetri dan estetika “old money”. Himpunan cetakan yang fun dan ekslusif menjadi tumpuan utama. Apa yang menarik, corak Dalmatian dan Cheetah bukan sahaja pada pakaian malah kasut serta boots.
Koleksi ini juga menghidupkan semula aura Italian pada jenama Versace yang ikonik dengan logo Medusa. Berikut enam pilihan Versace Resort 2024 yang menarik perhatian Miss Murai;
- Warna merah dan corak bunga serta intipan dari ladybird dan strawberi menjadikan set lengkap ini cukup fun untuk outfit percutian.
- Kot paras lutut dan boots bercorak Cheetah ini mengambarkan dunia Versace serba glamor!
- Ringkas bergaya dengan kot bahu lebar dan dipadankan dengan legging corak Dalmatian. Kasut tumit tinggi juga tidak terlepas dengan corak fun tersebut.
- Baju panas berbulu dan skirt pendek buat kamu tampak misteri dan sensual. Gaya begini sesuai untuk mereka yang gemarkan estetika “mob wife”.
- Ah! BLD begini pasti menjadi kegilaan ramai. Cantuman dengan sarung tangan dan kitten heels menyerlahkan gaya “old money”.
- Set pakaian bisnes yang tidak membosankan. Versace berjaya mencipta kembali satu gaya formal 60-an sebagai fesyen kini.
Koleksi kali ini memang mengembirakan ramai peminat Versace!