Siapa yang tidak mengenali Jovian Mandagie. Label tersohor Jovian Mandagie merupakan nama terkemuka dalam industri fesyen Malaysia. Selepas 17 tahun, jenama itu dan syarikat induknya, Jovian Mandagie Group Sdn Bhd secara rasmi mengumumkan penamatannya.
Berita tersebut dikongsi oleh pengasas Datuk Jovian Mandagie menerusi akaun Instagramnya. Beliau mengumumkan bahawa akan menghentikan operasi untuk jenama Jovian Mandagie Couture dan barisan ready-to-wear Jovian. Beliau menambah kedua-dua jenama itu akan ditutup secara rasmi dalam masa dua minggu, sebelum akhir Mei.
Menurut pereka kelahiran Indonesia itu, penutupan itu dilakukan selepas menyedari keinginannya untuk meneroka peluang baharu khususnya sebagai ahli perniagaan. Menerusi pengumuman itu, Jovian turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pasukan, rakan kongsi dan orang ramai atas sokongan mereka sejak 17 tahun lalu.
Lelaki 38 tahun itu turut mengumumkan penutupan jualan di semua kedai Jovian (JStore) dan di laman dalam taliannya. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna penamat sepenuhnya kepada jenama. Jovian berkata terdapat peluang besar untuknya kembali ke dunia fesyen suatu hari nanti tetapi tidak berkongsi butiran mengenainya.
All the best Jovian.!