Pernah tak kamu alami situasi di mana secara tiba-tiba telinga jadi berdesing? Atau pun kerap ringing tanpa sebab?
Sesiapa sahaja pasti rasa bimbang jika situasi tersebut kerap berlaku sehingga ganggu rutin harian. Kebiasaannya ia berkait rapat dengan masalah pendengaran. Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan atau penyakit yang lebih serius seperti gejala tinnitus.
Tinnitus adalah gejala jangkitan kepada sesetengah penyakit. Jika berterusan dan berlaku dengan kerap, ia boleh menjadi tanda awal penyakit tumor dalam telinga atau otak.
- Foto – The Hearing Solution
Untuk pengetahuan kamu, gejala tinnitus ini boleh menyebabkan telinga kita berdegung. Bukan itu saja, ada juga yang mendengar bunyi yang agak perlahan. Ada juga bunyi yang kuat seperti berdesing, ringing, nyaring hingga ke ngauman. Dan ada yang boleh mendengar denyutan jantung di dalam telinga.
Simptom-simptom ini akan buatkan mereka yang menghidapinya berasa tidak selesa. Jika teruk, ia boleh membuatkan seseorang itu mengalami migrain yang teruk atau vertigo.
- Foto – Hospital Vozandes
Manakala dalam beberapa situasi pula, tinnitus boleh menyebabkan pengurangan kedengaran dan susah untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
Punca tinnitus berlaku:
- Jangkitan dalam telinga
- Saluran darah tidak normal
- Saluran eustachian gagal berfungsi
- Masalah tahi telinga keras atau tersumbat
- Kecederaan kepala
- Faktor psikologi seperti kemurungan, tekanan atau keresahan
- Tekanan darah tinggi
- Angin ahmar
- Kurang sel darah merah atau buah pinggang tidak berfungsi
Tetapi kamu jangan risau, tinnitus ini boleh dirawat. Rawatan awal akan dilakukan bagi mengenal pasti apa punca sebenarnya. Dan bergantung kepada doktor, ada yang diberikan ubat antibiotik dan ubat titis telinga jika ia berpunca daripada jangkitan.
- Foto – WNY ENT
Jika ianya teruk, kamu mungkin memerlukan alat bantuan pendengaran atau ubat penenang bagi mengurangkan keresahan. Tetapi ia mendatangkan penyakit yang serius seperti tumor, kamu mungkin memerlukan pembedahan.
Semoga bermanfaat!