Pasangan yang paling comel!
Semalam, Hailey Bieber berkongsi bahawa dia dan suaminya, Justin Bieber telah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka mengejutkan orang ramai dengan berita kehamilan Hailey!
Khas untuk momen intim mereka di Hawaii itu, Hailey menggayakan gaun renda putih off-shoulder Saint Laurent. Gaun tersebut mengingatkan Miss Murai pada busana pengantinnya yang direka oleh Virgil Abloh. Sangat chic dan menaikkan serinya!
- Foto – @justinbieber (IG)
Gaun putih Saint Laurent yang direka oleh Anthony Vaccarello itu menampilkan garis leher off-shoulder, fitted top, lengan panjang dan skirt renda paras lantai.
Semasa memperbaharui ikrar perkahwinan mereka, Hailey turut menggayakan veil putih yang diikat seperti selendang di kepalanya, kaca mata hitam Saint Laurent, jam tangan emas dan barang kemas Tiffany & Co yang sepadan dengan Justin.
- Foto – @haileybieber (IG)
Manakala suaminya, Justin pula memakai, t-shirt putih, seluar hitam, topi besbol dan fuzzy bomber jacket daripada Saint Laurent.
- Foto – @haileybieber (IG)
Menurut seorang jurucakap Hailey, kandungan isteri Justin kini sudah memasuki enam bulan. Tahniah Justin dan Hailey Bieber!