Hubungan seks sepatutnya tidak menyakitkan. Tak kiralah ketika atau selepas melakukannya. Dan dalam dunia, hanya ada seorang daripada tiga orang wanita yang akan alami situasi ini.
Sekiranya rasa sakit itu hanya sekejap, ianya tidak mendatangkan masalah. Tetapi jika berpanjang dan ganggu rutin harian, kamu kena berjaga-jaga.
Ada beberapa situasi yang boleh buatkan faraj berasa sakit selepas hubungan seks. Antaranya adalah;
Usia menopaus
- Foto – iStock
Bagi wanita yang menopaus, tahap hormon kamu akan sentiasa berubah. Bila kurangnya tahap estrogen, badan kamu akan hasilkan pelincir semula jadi yang sedikit. Bukan itu saja, tisu dalam faraj juga akan jadi lebih nipis dan kering, di mana ia boleh membuatkan hubungan seks menjadi tak selesa serta sakit.
Masalah kesihatan wanita
Beberapa masalah kesihatan wanita juga boleh menjadi penyumbang kepada situasi ini seperti:
- Foto – Google
- Keadaan endometriosis jarang berlaku. Tetapi kalau ada, ia boleh merebak ke luar kawasan pelvis iaitu perut atau paru-paru.
- Uterine fibroid bukan sel kanser. Tetapi ia boleh terjadi dan membesar dalam kawasan dalam atau luar rahim.
- Vulvodynia adalah penyakit faraj yang kronik. Kamu akan rasa sakit berterusan atau jarang, terutamanya bila kawasan tersebut disentuh.
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) terjadi bila bakteria disebarkan melalui faraj sehingga ke organ pembiakan. Jika merebak tanpa henti, bahagian bawah badan kamu akan berasa sakit akibat jangkitan.
- Vaginismus adalah keadaan faraj menjadi kejang tanpa dijangka. Bila berhubungan seks, kamu akan rasa sakit dan tak selesa.
Badan tidak mengalami ransangan
Penting untuk kamu berasa terangsang sebelum hubungan seks. Kamu dan pasangan boleh lakukan foreplay terlebih dulu. Tujuannya supaya badan mengeluarkan pelincir semula jadi yang cukup untuk elak daripada rasa sakit ketika hubungan seks.
Alahan terhadap latex atau air mani
Jika faraj ada rasa seperti terbakar, gatal atau sakit, ia mungkin disebabkan oleh alahan terhadap kondom yang gunakan bahan latex. Cadangan Miss Murai, guna kondom yang diperbuat daripada polyisoprene atau polyurethane.
- Foto – Cleveland Clinic Health Essentials
Jarang berlaku tetapi ada wanita yang alah dengan air mani pasangan. Kesannya, mereka akan alami reaksi badan seperti menggigil, demam atau tekanan darah rendah.
Kalau rasa teramat sakit dan tak boleh tahan, cepat-cepat berjumpa dengan doktor ye. Semoga bermanfaat!