Dengan cuaca yang tak menentu di Malaysia, Miss Murai faham sangat kalau ramai di antara kita memiliki masalah kulit kering dan kusam. Walaupun ada pelbagai cara untuk atasinya, Miss Murai lebih suka jika kamu lakukan teknik “skin flooding”.
Teknik ini tidak ada banyak beza daripada rutin penjagaan wajah harian kita. Ini kerana “skin flooding” ini sangat bagus untuk kulit yang memerlukan penghidratan yang cukup sepanjang masa!
@chooseyourglow #skincarelayering #theordinaryskincare #affordableserum #skincaretiktok #skintok
Untuk pengetahuan kamu, “skin flooding” ini adalah teknik infuses kulit dengan dos kelembapan yang sangat tinggi. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kering dan kusam, teknik ini memastikan penyerapan produk pada tahap maksimum dan minimumkan kehilangan air.
Formula produk yang disarankan untuk guna dalam teknik ini adalah essence dan serum. Ini kerana molekulnya lebih kecil dan beri penghidratan pada tahap yang lebih dalam. Manakala formula yang tebal seperti pelembap pula digunakan untuk ‘tutup’ permukaan kulit, penghidratan yang kekal dan lama.
@natalie_oneillll Bc who doesn’t love a moist face 💦#dryskintips #dryskinremedies #tipsfordryskin #dehydratedskintip #skincarehacks2022 #skincarehacksuk #skincarehacksthatactuallywork
Cara lakukan teknik “skin flooding”:
- Selepas bersihkan kulit dengan pencuci wajah, pastikan kulit menjadi sedikit lembap atau berair sedikit (tak dikeringkan sepenuhnya).
- Sembur wajah dengan face mist (kamu juga boleh sembur face mist di setiap lapisan wajah selepas pakai produk, jika perlu).
- Kemudian pakai essence di seluruh wajah.
- Lapisan seterusnya, sapu serum (hyaluronic acid dulu dan baru niacinamide).
- Langkah terakhir untuk rutin pagi, pakai pelembap yang ringan seperti gel dan baru pakai sunscreen yang sesuai.
- Manakala langkah terakhir untuk rutin malam pula, pakai krim malam atau pelembap dan tutup dengan sleeping mask.
Cuba dalam masa seminggu dan lihat keberkesannya! Selamat mencuba.