Nampaknya ramai juga yang suka dengan produk mekap Gucci Beauty!
Jika dengar tentang Gucci Beauty pasti kamu hanya ingat koleksi wangian sahaja bukan? Sebenarnya Gucci Beauty telah lama menghasilkan pilihan produk solekan. Ya, kamu kini boleh siapkan wajah dengan pelbagai produk dari Gucci Beauty.
Tidak seperti produk solekan jenama mewah yang lain. Gucci Beauty menawarkan kualiti yang terbaik dari segi pigmen, formula dan rekaan bungkusan. Miss Murai tidak sangka jenama mewah ini dapat menawan rak kecantikan juga selain minyak wangi.
- Gucci Beauty Concentré De Beauté Liquid Concealer
Formulasi yang ringan dan mudah blend membuatkan ramai yang jatuh hati dengan produk solekan Gucci kali ini. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit dan tahan lama biarpun untuk kulit berminyak atau kombinasi.
- Gucci Beauty Lip Gloss
Rupanya lip gloss ini kesan mungil pada bibir! Ia mampu menaikkan bentuk bibir kamu secara semulajadi. Lima rona warna dan satu jernih amat cantik dengan semua tona kulit. Siapa yang mahu bibir berkilat dan tampak sihat? Pilih Gucci Beauty Lip Gloss.
- Gucci Beauty Rouge De Beaute Brillant Lipstick
Mudah dioles, warna kekal lama dan sangat selesa pada bibir. Itulah ulasan yang kerap dipetik oleh pengguna lipstik satin dari Gucci Beauty ini. Ia menghidangkan pilihan rona garang dan nude-neutral untuk gaya bibir sesuai dipakai setiap hari. Formulasi melembap dan tahan sehingga 24 jam membuatkan ia salah satu produk berbaloi untuk kamu dapatkan di Gucci Beauty.
- Gucci Beauty Poudre De Beauté Éclat Soleil Bronzing Powder
Bronzer yang sangat gorgeous! Ia umpama lembut sutera untuk disapu pada tulang pipi, dahi dan sekitar batang hidung. Pilihan rona yang mengagumkan mampu menaikkan keserian wajah walaupun tanpa full face of makeup.
- Gucci Beauty Brume De Beaute Glow Hydrating Mist
Jika ingin akhiri solekan kamu dengan keserian yang berpanjangan, sembur sahaja dengan mist Gucci Beauty ini. Ia dapat menambah kelembapan kulit serta membantu mengekalkan solekan untuk tahan lebih lama. Menariknya semburan kecantikan ini tidak meninggalkan kesan lekit pada kulit.
Terkesima bukan lihat semua produk Gucci Beauty diatas? Kamu boleh dapatkan kesemuanya di butik Gucci berhampiran atau ke stor Sephora Malaysia. Miss Murai janji ia suatu pelaburan kecantikan yang berbaloi!