Disambut pada hari Ahad kedua pada bulan Mei setiap tahun, untuk tahun ini Hari Ibu jatuh pada 12 Mei 2024.
Tinggal lebih kurang enam hari sahaja lagi untuk Hari Ibu tiba. Psst… Sudahkan kamu ada idea atau membuat persiapan untuk menjadikan sambutan Hari Ibu lebih special?
Jika tiada, Miss Murai nak cadangkan beberapa barangan kecantikan sebagai hadiah Hari Ibu. Lebih special dan rasa disayangi, ibu tersayang pasti suka dengan pilihan hadiah kamu ini!
PENJAGAAN WAJAH & BADAN
ULTRA VIOLETTE Queen Screen SPF 50+ Luminising Serum Skincare™
- Foto – Ultra Violette
Hadiahkan ibu kamu dengan sunscreen yang mempunyai kemasan ringan, lembut dan baldu. Sesuai untuk sebarang situasi, yang best tentang sunscreen ini adalah ia boleh menjadi asas kepada solekan.
Berharga RM178, kamu boleh dapatinya di kedai atau web SEPHORA.
ORIBE HAIR Alchemy Fortifying Treatment Serum
Sesuai untuk rambut bermasalah, treatment serum ini menawarkan formula biji chia, daun buluh yang ditapai secara bio, protein tumbuhan, ekstrak daisy serta honeysuckle. Bahan-bahan ini menguatkan rambut, tingkatkan keanjalan dan mengukuhkan helaian rambut yang rapuh.
- Foto – Oribe Hair
Koleksi Hair Alchemy termasuklah treatment serum [RM320] boleh didapati di KENS Apothecary dan Oribe Salons.
DR. DENNIS GROSS Advanced Retinol + Ferulic Overnight Texture Renewal Peel
Sesuai untuk ibu yang mempunyai garis halus, kedutan, tona dan tekstur tak sekata, produk ini boleh menjadi hadiah terbaik untuk ibu kamu yang mahu manjakan diri di rumah dengan tenang serta menikmati manfaat terbaik pada kulit dalam masa semalaman!
- Foto – Dr. Dennis Gross
Dijual pada harga RM420, kamu boleh dapatkannya di kedai atau web SEPHORA.
GUERLAIN Orchidée Impériale Gold Nobile Serum & Cream
Khas untuk ibu-ibu yang sukakan produk anti-penuaan, GUERLAIN Orchidée Impériale Gold Nobile ini adalah hadiah yang terbaik! Menggunakan ekstrak orkid, serum dan krim ini berkesan untuk memberikan keremajaan serta kulit yang cerah.
- Foto – Guerlain
Serum [RM3683] dan krim [RM3683] boleh didapati di butik GUERLAIN di The Exchange TRX Ultimate, Parkson Pavillion, One Utama), Isetan (KLCC, The Gardens Mall).
SUPERGOOP! Unseen Sunscreen Broad Spectrum Sunscreen SPF40 PA+++
Lebih praktikal untuk ibu yang gemar lakukan aktiviti outdoor, hadiahkan untuknya sunscreen SUPERGOOP! yang berfungsi sebagai primer solekan dengan kebaikan penjagaan kulit untuk wajah.
- Foto – Supergoop!
Dijual pada harga RM186, kamu boleh dapatkan di kedai atau web SEPHORA.
ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Milk & Skincare Gel
Dirumus dengan 50% penjagaan kulit dan kalis air, Sunscreen Skincare Milk sesuai untuk kulit jenis kering. Manakala Sunscreen Skincare Gel pula sesuai untuk kulit kombinasi.
- Foto – Anessa
Dapatkannya Sunscreen Skincare Milk [RM135] dan Skincare Gel [RM150.80] di kedai atau web Watsons.
PAULA’S CHOICE Blossoming Radiant Kit
Berita baik untuk kamu! Nikmati diskaun 20% jika kamu beli produk anti-penuaan Paula’s Choice dan dapatkan Blossoming Radiant Kita (bernilai RM256) dengan percuma apabila berbelanja minimum RM350.
- Foto – Paula’s Choice
Beli produk anti-penuaan Paula’s Choice dan bawa pulang Blossoming Radiant Kit bernilai RM256 dengan percuma.
SHISEIDO EUDERMINE Activating Essence, ULTIMUNE Power Infusing Concentrate & Uplifting and Firming Advanced Cream
Kalau untuk ibu-ibu yang mencari produk anti-penuaan yang terbaik dan berkesan, Miss Murai cadangkan rangkaian SHEISEIDO seperti EUDERMINE Activating Essence, ULTIMUNE Power Infusing Concentrate serta Uplifting and Firming Advanced Cream. Rangkaian ini boleh memulihkan kulit, menjana semula kecantikan dan melembapkan kulit lebih mendalam dengan terbaik.
- Foto – Shiseido
SHISEIDO EUDERMINE Activating Essence [RM360], ULTIMUNE Power Infusing Concentrate [RM145] serta Uplifting and Firming Advanced Cream [RM550] boleh didapati di web atau butik SHEISEIDO dan web atau kedai SEPHORA.
DRUNK ELEPHANT Sugared Koffie™ Almond Milk Scrub & T.L.C Glycolic Body Lotion
Manjakan diri ibu kamu dengan produk DRUNK ELEPHANT seperti Sugared Koffle™ Almond Milk Scrub dan juga T.L.C Glycolic Body Lotion. Bestnya tentang kedua-dua produk ini, badan akan menjadi lebih licin dan anjal dalam beberapa kali penggunaan sahaja.
- Foto – Drunk Elephant
Sugared Koffle™ Almond Milk Scrub [RM155] dan T.L.C Glycolic Body Lotion [RM135] boleh dibeli di kedai atau web SEPHORA.
AROMATICA Rosemary Salt Scrub Shampoo
Diselit dengan pati Rosemary yang menyegarkan, syampu 3-in-1 ini mengandungi garam mineral Andes Lakes tulen yang berkesan untuk mengelupas, menanggalkan sisa sel kulit mati melalui penyelesaian AHA, BHA dan PHA.
- Foto – Aromatica
Tersedia di kedai dan web SEPHORA, AROMATICA Rosemary Salt Scrub Shampoo dijual pada harga RM158.
SOLEKAN
ANASTASIA BEVERLY HILLS Brow Genius® Conditioning Brow Serum
- Foto – Anastasia Beverly Hills
Sesuai untuk working mom yang pentingkan penampilan, serum kening ini adalah hadiah yang terbaik! Mengandungi peptida, panthenol, ginseng Korea hingga ke biotin dan minyak kastor, baan-bahan ini berkesan untuk suburkan kening serta membantu dalam membentuk kening idaman.
Dapatkannya di kedai atau web SEPHORA pada harga RM300.
LAURA MERCIER Pure Canvas Hydrating Primer, Translucent Pressed Setting Powder Ultra-Blur & Translucent Loose Setting Powder
Miss Murai yakin 100% jika kamu hadiahkan produk terlaris Laura Mercier ini pasti ibu kamu suka! Yang best tentang produk Laura Mercier adalah primernya menjadikan asas solekan kamu lebih sempurna. Manakala Translucent Pressed Setting Powder Ultra-Blur atau Translucent Loose Setting Powder untuk menjadikan hasil solekan lebih semula jadi.
- Foto – Laura Mercier
LAURA MERCIER Pure Canvas Hydrating Primer [RM220], Translucent Pressed Setting Powder Ultra-Blur [RM289] dan Translucent Loose Setting Powder [RM250] boleh didapati di web atau kedai SEPHORA.
HUDA BEAUTY Easy Bake Loose Baking and Setting Powder, Easy Bake and Snatch Pressed Powder & #FauxFilter Color Correctors
Huda Beauty #FauxFilter Color Correctors baharu mempunyai formula berkrim dan formula boleh dicampur. ManakalaEasy Bake Loose Baking and Setting Powder dan asy Bake and Snatch Pressed Powder meminimumkan kilauan di wajah sepanjang hari.
- Foto – Huda Beauty
HUDA BEAUTY Easy Bake Loose Baking and Setting Powder [RM207], Easy Bake and Snatch Pressed Powder [RM207] dan #FauxFilter Color Correctors [RM154] boleh didapati di web atau kedai SEPHORA.
WANGIAN
BVLGARI Omnia Crystalline EDT [RM683]
- Foto – BVLGARI
Jika ibu kamu seorang yang elegan, wangian BVLGARI ini sesuai untuknya! Menampilkan aroma yang halus dan lembut, wangian ini menampilkan nota atas nashi pear dan buluh, bunga teratai. Manakala nota asasnya pula berasaskan woody.
Dijual pada harga RM683, wangian ini tersedia di kedai dan web SEPHORA, Zalora dan juga ISETAN KLCC.
CAROLINA HERRERA 212 VIP Rosé
Khas untuk ibu yang mementingkan kegembiraan dalam kehidupan, wangian baru Carolina Herrera ini merupakan tafsiran moden klasik melalui asas bunga dan pedas, dengan nota bunga pic.
- Foto – Carolina Herrera
CAROLINA HERRERA 212 VIP Rosé boleh didapati pada dua saiz pilihan iaitu 50ml [RM480] dan 80ml [RM635] di web atau kedai SEPHORA.
NARCISO RODRIGUEZ For Her Musc Nude EDP
Untuk ibu yang memiliki sisi feminin, wangian For Her Musc Nude EDP dibuka dengan simfoni bunga putih, kelopaknya terbentang untuk mendedahkan bauan kacang tonka yang menyelubungi deria dalam pelukan yang luhur.
- Foto – Narciso Rodriguez
Boleh didapati dalam dua saiz iaitu 50ml [RM475] dan 100ml [RM625], wangian For Her Musc Nude EDP ini boleh dibeli di web atau kedai ISETAN.
NARCISO RODRIGUEZ All of Me EDP
Hadiahkan ibu kamu dengan All of Me Eau de Parfum yang eksklusif. Dengan campuran pod vanila dan orris hitam yang memabukkan, wangian ini menarik perhatian dan memikat deria.
- Foto – Narciso Rodriguez
Tersedia dalam tiga saiz iaitu 30ml [RM325], 50ml [RM485] dan 90ml [RM615], wangian ini boleh didapati di SEPHORA serta ISETAN.
Happy shopping!