Retinol adalah salah satu bahan powerful untuk kulit.
Ia boleh mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dengan merangsang pengeluaran kolagen dan elastin, menggesa sel-sel di permukaan untuk mengelupas membawa kepada kulit yang lebih cerah dan tona yang lebih sekata, dapat mengurangkan pigmentasi berlebihan dengan menghalang enzim yang diperlukan untuk menghasilkan melanin.
Walau bagaimanapun, retinol turut dikenali dengan kesan sampingan yang menjengkelkan, ini termasuk kemerahan, kekeringan dan kerengsaan. Oleh itu, kamu mempunyai pilihan lain dengan bertukar kepada alternatif retinol secara semula jadi yang lebih baik untuk kulit.
Vitamin A, yang dikaitkan dengan retinol, adalah vitamin penting yang boleh memberi kesan hebat pada kulit. Lobak merah khususnya kaya dengan vitamin A. Mengamalkan lobak merah dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, kerosakan matahari, pigmentasi, meningkatkan kolagen, mengurangkan keradangan dan lain-lain.
Di sini, penulis nak kongsi satu jus yang boleh kamu amal setiap pagi. Kamu hanya perlukan lobak merah, epal merah dan halia, kesemua bahan ini dikisar sebati menjadi jus.
Dengan amalan harian, kita tidak perlu risau tentang kesan sampingan retinol.