Cepat-cepat dapatkan sebelum habis dijual!
Kembali berkolaborasi dengan PUMA, Rihanna memperkenalkan koleksi FENTY X PUMA Creeper Phatty yang sangat chic dan cool rekaannya. Yang menariknya, koleksi FENTY X PUMA Creeper Phatty ini tersedia untuk semua peringkat umur dan jantina.
Sekadar info untuk kamu, The Creeper adalah kasut suede ikonik PUMA yang dikemas kini dengan tapak platform. Dan kolaborasi kali ini menampilkan tapak yang lebih tebal berbanding yang biasa.
- Foto – FENTY X PUMA
FENTY X PUMA Creeper Phatty diperbuat daripada nubuck berkualiti tinggi sambil digabungkan dengan warna-warna semula jadi yang lembut.
- Foto – FENTY X PUMA
Pada kasut ini, kamu akan nampak ada beberapa hint emas di beberapa spot terpilih, antaranya logo PUMA di sepanjang bahagian tengah kasut dan lambang “F” mewakili FENTY di tumit.
- Foto – FENTY X PUMA
Manakala di bahagian lidah kasut, tapak luar dan tapak dalam pula, kamu akan nampak perincian nama “FENTY” bersama logo PUMA iaitu cougar.
Cadangan gaya:
- Foto – FENTY X PUMA
- Totally Taupe: Sesuai untuk mana-mana pakaian, warna Totally Taupe ini boleh dipadankan dengan gaya monokromatik atau dengan warna berani untuk tingkatkan gaya kamu.
- Green Fog: Padankan dengan warna-warna lembut dalam koleksi pakaian kamu untuk nampak lebih trendy.
- Warm White: Gabungkan dengan helaian putih kegemaran kamu untuk gaya yang lebih segar, mewakili palet musim bunga.
- Foto – FENTY X PUMA
FENTY X PUMA Creeper Phatty ini tersedia di butik dan web PUMA, serta peruncit terpilih. Gaya dewasa dijual pada harga RM599, manakala gaya kanak-kanak dijual pada harga RM329.