Ini salah satu look yang terbaik daripada Jennie!
Ketika berada di Tokyo untuk melancarkan acara Jentle Salon, BLACKPINK Jennie telah mengejutkan peminatnya dengan gaya yang tak dijangka. Bagi Miss Murai, gayanya itu menampilkan sisinya yang seksi dan comel!
Peminat yang hadir ke acara tersebut juga memuji penampilan Jennie walaupun ianya sebuah acara tertutup. Jennie telah mengenakan circular bustier mini dress berona putih dan padankan dengan selendang hitam.
this might just be one of my favourite favourite outfits that Jennie has worn 🥹🤩 pic.twitter.com/FpyvXNasuX
— roo𐙚 ๋࣭⭑ (@cafewindows) April 29, 2024
Untuk melengkapkan gayanya secara keseluruhan, Jennie turut mengenakan tight, kasut coklat dan sepasang kaca mata daripada koleksi Jentle Salon.
she looks so pretty omg pic.twitter.com/qsRfCGr68Y
— jennie (@jenniepics) April 29, 2024
Tampil dalam setiap gaya yang berbeza mengikut acara dan keadaan, penampilan Jennie yang ini tak dinafikan meninggalkan impak pada peminatnya. Sangat comel!
- Foto – X
Seperti biasa, Jennie sentiasa berani bereksperimen dengan pelbagai jenis gaya kan?