Psst… Berita baik untuk peminat kecantikan terutamanya peminat Huda Beauty!
Pertama di Malaysia, Huda Beauty telah membuka kaunter kendiri jenamanya yang terletak di Seibu, The Exchange TRX. Menariknya kaunter kendiri ini, pelanggan boleh mendapatkan khidmat penasihat kecantikan Huda Beauty yang terlatih.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menemui, merasai dan mencuba sendiri produk ikonik Huda Beauty, di samping menikmati hadiah eksklusif bagi setiap pembelian!
- Foto – Huda Beauty
Apa yang lebih menarik di kaunter kendiri ini, kamu dapat mencuba dan mendekati sendiri barisan produk terlarisnya yang terdiri daripada barisan palet eyeshadow, gincu hingga ke loose powder.
- Foto – Huda Beauty
Antara produk Huda Beauty yang Miss Murai sarankan untuk kamu dapatkan adalah:
- Easy Bake Loose Powder
- #FAUXFILTER Colour Correcter
- Lip Contour 2.0 Matte Lip Pencil
- Liquid Matte Lipstick
- Foto – Huda Beauty
Selain daripada produk kecantikan Huda Beauty, jangkakan juga sudut wangian Kayali Fragrance di kaunter kendiri ini. Dapatkan wangian Kayali Fragrance yang mempunyai nota bunga segar, kayu-kayuan hingga ke musky.
Jangan lupa untuk kunjungi kaunter kendiri Huda Beauty yang terletak di Seibu, The Exhange TRX (Unit No. G.70.A).