Kalau ada yang tak tahu, DIOR Le Baume ini bukan sahaja boleh guna pada tangan dan kuku. Malah pada bibir dan badan juga!
Selepas setahun pengeluarannya, DIOR Le Baume telah menjadi ikon penjagaan kulit dan keperluan harian. Untuk meraikan ulangtahun yang pertama, Le Baume dikeluarkan dalam corak couture houndstooth merah jambu. Psst… Warna ini dihasilkan sebagai edisi terhad tau!
Sesuai untuk lelaki dan wanita, krim pelbagai guna ini terbukti berkesan dalam memberikan penghidratan sehingga 72 jam. Bertekstur ringan, Le Baume ini menggunakan bahan-bahan aktif yang berasaskan tumbuhan alam semula jadi. Antaranya adalah ekstrak centella asiatica, hyaluronic acid, glycerin, mentega shea, squalane, minyak jojoba dan fatty acid penting.
- Foto – DIOR
DIOR Le Baume telah diuji lebih daripada 5 warna kulit, pada pelbagai jenis jantina dan hasilnya:
- Kulit lebiih terhidrat dan dipelihara sehingga 72 jam
- Skin barrier ‘dihidupkan’ semula dalam masa 2 jam
- Kuku dan cuticle menjadi lebih sihat dan kuat
- Bibir menjadi lebih lembut, terhidrat, licin dan gebu
- Foto – DIOR
Apa yang lebih menarik, rekaan yang berbentuk pod kompak ini boleh dikitar semula sepenuhnya. Dan apa yang lebih penting, saiznya sebesar tapak tangan ini boleh dimuatkan dalam mana-mana beg dan dibawa ke mana-mana sahaja.
Dijual pada harga RM255/50ml, DIOR Le Baume ini boleh didapati di butik dan juga web DIOR.