Suka untuk dikongsikan, DIVA memang jatuh cinta dengan rangkaian terbaru daripada Carlo Rino kali ini! Menampilkan siri Vearth daripada koleksi Recyle membuatkan DIVA dan pencinta fesyen mahu dapatkan satu!
Koleksi ini menampilkan warna-warna semula jadi bumi yang memberikan kamu mencipta rupa dan gaya lebih mesra alam serta terkini.
Siri Vearth dalam koleksi ini adalah beg bahu yang lembut dan ringan, di mana ianya direka daripada bahan kitar semula sambil menawarkan elemen yang lebih praktikal.
Berharga RM499 bagi setiap satunya, beg bahu Vearth ini menampilkan teg berbentuk segi tiga yang membawa mesej iaitu guna semula, kurangkan dan kitar semula.
- Foto – Carlo Rino
Siri Vearth yang praktikan dan versatil ini menjadikan ia beg pilihan ideal untuk dipakai setiap hari. Tak kiralah sama ada kamu menjalani rutin harian, berjoging atau keluar bersiar-siar, beg Vearth ini sesuai untuk gaya sporty serta kasual!
Terdapat dalam lima pilihan warna yang melambangkan elemen semula jadi seperti Sand (Putih), Stones (Kelabu), Trees (Hijau), Blossoms (Merah Jambu) dan Wood (Coklat); dapatkan beg Vearth ini [WEB], atau butik Carlo Rino.