Pertama kali di Grammy, pelantun lagu Driver’s License berjaya membolos tiga anugerah. Tahniah Olivia!
Memilih gaun hitam Vivienne Westwood dengan perincian kristal merah jambu, Olivia memadankannya dengan sarung tangan hitam dan choker untuk penampilan yang bergaya dan glamor. Overall penampilan Olivia sesuai dengan usia mudanya.
Rambutnya pula dibiarkan ringkas, hanya kerinting tetapi berkilat-kilat dan semestinya selembut sutera. Nak tahu apa yang stylist Olivia letak pada rambutnya untuk kesan berkilat? Ini dia Dove Beauty Hair Therapy Ceramide Brilliant Gloss & Repair! Produk farmasi mampu milik yang memang diakui keberkesanannya.
Stylist Olivia, Clayton Hawkins menggunakan serum untuk memberi kerinting Olivia lebih berkilat. Tetapi, serum itu bukan setakat menambah kilauan pada rambut, ia juga mempunyai formula reparatif yang menyuburkan rambut yang rosak, menutup hujung berpecah.
- Foto – All Things Hair
Dan, seperti yang anda boleh lihat pada Olivia, ia tidak mempunyai kemasan berminyak atau berat. Ia boleh digunakan dengan mudah untuk memberikan look glamor di karpet merah.
Apa kata anda cuba sendiri dan lihat kebaikannya pada rambut.