Sambut Aidilfitri tahin ini dengan gaya yang serba-serbi eksklusif dengan koleksi rekaan pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizalman Ibrahim.
Untuk kali yang ke-4, Rizalman berkolasborasi bersama Zalora untuk menghasilkan koleksi rekaan Hari Rayanya, tema dan konsep yang cuba diketengahkan tahun ini juga adalah lebih versatile.
Menampilkan pelbagai jenis rekaan yang pernah diguna-pakai untuk koleksinya yang sebelum ini bagi menonjolkan kemeriahan serta elemen elegen hasil karyanya.
Berani menggabungkan sifat moden dan tradisional. Setiap helaian adalah terdiri daripada pelbagai corak cetakan artistik berwarna-warni. Ternyata, Rizalaman bijak mengenakan potongan serta reka bentuk halus, menyerlahkan lagi keperibadian si pemakainya.
Khas buat kumpulan wanita dan lelaki yang mahu melangkah dengan penuh berkeyakinan, ditemani pula aura Aidilfitri yang mengujakan, baju kurung serta rekaan yang melekap di badan itu adalah asas bagi mengangkat rekaan koleksi kali ini.
Perincian yang terdiri dari sulaman adalah minimalis dan tidak terlalu sarat, sebaliknya Rizalman mahu setiap rekaannya fokus kepada penggunaan fabrik yang sensasi, bertemakan corak-corak ceria yang terdiri dari cetakan marmar, batik mega mendung, floral malah abstrak.
Fabrik jersi, renda, sutera krep dan sutera georgette pula diketengahkan bagi menambah sisi elemen metalik yang menggambarkan dunia kemegahan ciptaan pereka tersohor itu.
Corak asli yang diperkenalkan oleh Rizalman sendiri iaitu batik mega mendung yang pernah digunakan untuk koleksi rekaannya pada tahun 2005 dulu itu juga juga tidak ketinggalan untuk memenuhi seleksi rekaan raya musim ini.
Untuk pengetahuan anda, Rizalman Ibrahim juga mengumumkan persaraannya kolaborasinya bersama Zalora. Tahun ini adalah tahun terakhir bagi diri beliau menghasilkan rekaan Aidilfitri untuk destinasi fesyen atas talian itu. Pengumuman mengejutkan itu sedikit sebanyak telah membuatkan ramai hadirin mengeluh sebaik sahaja melihat cereka pendek terbitan dan arahan beliau yang menampilkan sebahagian rekaan Aidilfitri Rizalman x Zalora 2016 yang bertajuk “Pulang”.
Bukan itu sahaja, RizalMEN yang merupakan keluaran koleksi pakaian untuk lelaki pertama oleh Rizalman pula adalah terdiri dari helaian klasik yang diberi nafas baru termasuklah baju panas, kemeja, baju-T, baju Melayu, Jubah dan kaftan. Ia pastinya mampu merembeskan aura kelelakian sejati saat digayakan.
Rizalman for Zalora boleh didapati pada harga antara RM120 hingga RM650, manakala RizalMEN adalah dari RM156 hingga RM240. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.zalora.com.my