Tahukah anda, menurut sebuah hasil kajian yang ditemukan oleh mirror.co.uk, individu biasanya lebih mudah mengingati bau sebanyak 65% lebih daripada rupa seseorang sebanyak 50% selepas 3 bulan.
Pernahkah anda jatuh hati pada seseorang dan lantas hati anda berdengup kencang mahukan perhatian dari si dia? Haruman bisa menjadi daya penarik yang sensual!
Diinspirasi dari kota menara Eiffel yang sering dikaitkan dengan 1001 kisah cinta, ENCHANTEUR PARIS kembali dengan haruman Eau De Toilette (EDT) yang dirumus khas untuk para gadis dan wanita elegen. Ia pasti dapat menonjolkan sifat kewanitaan unik serta secara tidak langsung menambat si jejaka yang berada dekat di hati anda!
Kesemua wangian dalam rangkaian ENCHANTEUR PARIS yang terdiri daripada bau-bauan menggoda Mon Amie, Belle Amour, Adore dan wangian edisi terhad Magique, masing-masing mempunyai nota bauan manis buah-buahan dan floral segar. Sesuai dengan gaya hidup moden wanita masa kini, ENCHANTEUR PARIS begitu komited untuk membangkitkan semangat hari-hari anda agar lebih berkeyakinan sekaligus menjadikan impian anda sebagai satu realiti.
Sejak minyak wangi mula dicipta dahulu, ia telah digunakan sebagai kegunaan harian dan bukan hanya untuk majlis istimewa tertentu. Wangian sememangnya merupakan keperluan harian yang tidak bisa lekang dari individu yang ingin berketerampilan rapi. Bahkan, sesetengah orang akan memilih bauan yang menepati mood atau emosinya pada hari tersebut dan tidak hairanlah jika seseorang mempunyai lebih daripada lima bauan pilihan dalam koleksi wangiannya. Yup! Lebih-lebih lagi wanita!
ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette kini berwajah baru dengan kotak pembungkusan serta botol wangian yang lebih memikat hati. Botol kaca lut sinar yang digunakan mempunyai penutup berperincian riben menawan, malah kotaknya juga dihiasi ilustrasi gadis berperwatakkan menarik berlatarkan kehidupan dan suasana kawasan di Paris. Tampak mewah, amat sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun sebagai penambah koleksi minyak wangi bagi mereka yang gemar mengumpul!
Hampir satu tahun, ENCHANTEUR PARIS telah bekerjasama dengan pembuat minyak wangi dari Perancis bagi menghasilkan wangian edisi terhad Magique. Nota bauan yang digabungkan bersama adalah terdiri dari Bunga Magnolia Putih, Coklat Praline dan Epal ini bakal menerbitkan rasa romantis bagi sesiapa yang menghidunya. Dapatkannya lekas di cawangan Watsons, Guardian atau pasaraya terpilih sekitar Malaysia. Sementara stok masih ada!
Harga adalah pada RM28.20 seunit. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/EnchanteurMY
Klik untuk baca artikel: TIPS! CARA BUAT HARUMAN MINYAK WANGI KEKAL SEPANJANG HARI