Arghhh! Paling stress bila terbangun lambat dan kelam kabut untuk bersiap dan langsung ke pejabat. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, pasti ada sahaja masalah yang terjadi. Dan dan itu jugalah masalah “bad hair day” akan timbul.
Cuba mengaku, berapa ramai yang disini, sewaktu di rumah, elok sahaja rambut tersisir kemas, senang diurus dan rapi tetapi apabila masa kita hendak keluar rumah, terutama sekali sewaktu ingin ke pejabat, rambut kita ini mulalah buat hal, degil, kusut dan sukar diurus agar kelihatan cantik?
Oleh itu, meh dekat sikit, Wanista nak kongsi 10 helah gaya rambut mudah yang bisa mengelak rambut menghalang pandangan mata anda, sekaligus cepat untuk didandankan.
Ikatan Ponytail Rendah Ala Peragawati
Sensasi untuk gadis yang berambut lebat, panjang serta mengenakan potongan rata. Gaya ini pasti membuatkan trend dandanan ponytail tampak eksklusif daripada biasa kerana ikatannya lebih rendah dan yang paling penting, ia sangat ringkas! Okay dah siap! (via LuLu*s)
Belah Tengah & Disisip Ketepi
Belah tengah rambut anda, pintal sedikit bahagian rambut depan dan tarikannya ke tepi. Pinkan menggunakan pin rambut ringkas untuk mendapatkan gaya boho-chic yang umphhh! (via Bethany Marie Photography)
Sanggul Separuh
Kadang-kadang sanggul nampak agak selekeh untuk digayakan, tetapi jika kena pada gaya dan masanya, apa salahnya! Kita cuba yang lain daripada yang lain. Ha… barulah unik. Bahagikan rambut hadapan anda dan ikat menggunakan getah lembut (tolong jangan guna getah sayur). Selepas ikat, pintalkan rambut keliling ikatan tadi dan rapikan bersama pin rambut bobby pin. Jika nak sanggul kekal terletak lama, semburkan semburan rambut. (via Francis Lola)
Pintalan Anak Rambut
Mudah sangat! Hanya pintal anak rambut atau “bangs” anda sehingga menjadi satu simpulan. Llau, gunakan getah lut sinar atau pin untuk rapikannya. Ada stail lah! (via Marie Claire)
Bang Bang
Comel kan nama gaya ini? Anda boleh lakukannya tidak sampai 10 saat pun. Tarik kesemua bahagian rambut hadapan anda ke sisi, gunakan bobby pin warna-warna untuk disematkan ke bahagian tepi kepala anda. Jika anda nak guna bobby pin leboh dari satu pun boleh juga. Anda siap untuk meninggalkan rumah dengan gaya rambut baru! (via The Beauty Department)
Bonggolan
Gaya ini ideal untuk anda yang mempunyai masalah kritikal dalam menguruskan rambut. sikat rambut depan anda, selepas itu back-comb kan rambut anda agar dapat memberi kesan rambut yang lebih tebal. Setelah itu, pinkan ia agar terletak cantik di kepala. (via Brit + Co)
Pintalan French Mini
Apabila anak rambut anda terlalu sukar untuk dirapikan sehingga mencucuk mata anda, gunakan helah teknik tocangan mudah ini pada bila-bila masa. Kemaskan dan hias dengan aksesori berkilau yang membatkan gaya rambut anda itu kelihatan mewah. (via Elle)
Tocang Berjambul Ala Pompadour
Teknik tocang berjambul ini didandan seperti biasa, cuma ianya didandan menggunakan bahagian rambut yang diatas. Ia didandan separuh kepala, pinkan. Setelah itu tarik semua rambut lebihan untuk dijadikan sanggul siput. Gayakan rambut sebegini ketika ingin keluar malam bersama rakan atau bagi menghadiri kelas senaman anda. Kelas kau! (via Twist Me Pretty)
Gulungan Cekak Rambut
Semua jenis rambut sesuai untuk gaya yang ini. Pakai cekak rambut bergetah seperti didalam gambar. Tarik sedikit rambut pada bahagian hadapan kedua belah sisi dan selitkan pada cekak. (via Treasures and Travels)
Cekak Rambut Menawan Ala Gadis Barat 20-an
Jika anda gadis berambut potongan pixie, pasti agak sukar untuk menguruskan anak rambut anda. Apa yang anda perlu buat, sikatkannya dan pakai cekak rambut yang menonjol rekaannya. Ia secara tidak langsung akan menerap impak yang bisa memberi aura gaya flapper ke dalam diri anda. (via Cosmopolitan)
Selamat Mencuba!