Tidak asing lagi dalam mengendalikan program masakan, Chef Martin mula berjinak dalam industri ini daripada rakaman ‘Yan Can Cook’ pada tahun 1982. Sebanyak 3,000 episod dipaparkan hampir ke 50 negara, meletakkan beliau sebaris dengan chef-chef terkemuka di dunia.
Martin Yan melakukan rakaman penggambaran salah satu episod ‘Taste of Malaysia with Martin Yan’ di Sky Park, One City di Subang Jaya baru-baru ini.
Rancangan bersiri ini bakal disiarkan di saluran NTV7 pada 8 September, dan 8TV serta Asian Food Channel (AFC) pada 6 September. Rakaman sebanyak 26 episod ini bakal memaparkan penyediaan makanan tradisional Malaysia untuk diketengahkan ke seluruh dunia.
Mempunyai target untuk mencapai 2 hingga 3 billion penonton, rancangan ini juga akan disediakan dalam bahasa Inggeris serta Mandarin dan akan meliputi kepelbagaian budaya dan tradisi makanan di Malaysia.
Walaupun pernah berkunjung ke Malaysia 18 tahun yang lepas, bagi penggambaran ‘Yan Can Cook’ yang disiarkan di AFC. Ini merupakan pengalaman pertama beliau menjejakkan kaki di negeri-negeri tertentu. Setakat ini, Martin melawat Pulau Pinang, Ipoh, Cameron Highlands serta daerah di Perak, Kota Bharu dan Kota Kinabalu di Sabah sebelum memulakan rakaman di One City.
“Ia sangat menakjubkan kerana terdapat kepelbagaian makanan di Malaysia dan setiap negeri mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Contohnya, Laksa di Penang berbeza dengan laksa di Johor, Kepelbagaian ini meletakkan Malaysia Truly Asia.
Semasa rakaman penggambaran di One City, tetamu jemputan merupakan Chef Suhaimi pakar dalam hidangan makanan Malaysia di Restoran SKY360⁰.
Semasa episod ini, Chef Suhaimi menunjukkan cara-cara menyediakan Ayam Masak Lemak Kentang serta Kambing Masala yang menggambarkan populariti hidangan tersebut dalam kalangan penduduk Malaysia.