Malaysia mengalu-alukan kedatangan restoran makanan Jepun terkenal, Yoshinoya and Hanamaru Udon di Mid Valley Megamall kelmarin. Pelancaran besar-besaran telah dirasmikan oleh En Yasutaka Kawamura, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yoshinoya Holdings Co Ltd, Encik Tetsuya Naruse, Ketua Pegawai Eksekutif Hanamaru Inc. dan Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Fumihiko Konishi, Pengerusi Eksekutif Texchem Resources Berhad.
Restoran layan diri yang terletak di tingkat 3 Mid Valley Megamall ini mempunyai keluasan 300 meter persegi dan menawarkan Yoshinoya di satu tempat dan Hanamaru Udon di bahagian yang lain, dengan Azuki Café di tengah untuk menghilangkan dahaga dengan minuman unik yang diilhamkan oleh rasa Jepun.
Hidangan wajib cuba dari Yoshinoya adalah Gyudon (Beef Rice Bowl di Jepun). Daging lembu Australia disediakan dengan resipi sup rahsia, diperasakan dengan herba manis dan rempah bersama-sama dengan bawang besar, dihidangkan bersama nasi Jepun, yang menjanjikan kepuasan dalam setiap suapan.
Pencinta udon akan menikmati kelazatan udon segar dari Hanamaru Udon. Udon buatan tangan dengan hanya bahan-bahan terbaik, setiap hidangan mi yang dimasak disimpan tidak lebih daripada 30 minit, untuk memastikan pelanggan hanya menikmati mi yang segar dan lazat. Satu hidangan yang harus dicuba adalah varian sejuk Ontama Bukkake Udon, iaitu udon dalam kicap khas bersama telur rebus.
Di peringkat global, jenama ini mempunyai lebih 18 usaha yang berbeza di luar Jepun, dengan lebih daripada 630 restoran di seluruh dunia. Syarikat induk, Yoshinoya Hanamaru Malaysia Sdn Bhd telah meletakkan rancangan untuk memperluas rantaian restoran di seluruh Malaysia, memberikan rakyat Malaysia peluang untuk menikmati hidangan menarik yang Yoshinoya and Hanamaru Udon tawarkan.