Anda sanggup selfie tanpa mengenakan sebarang mekap? Cuba cabar diri anda dan sertai kempen ini sekarang.
LINE, peneraju platform kehidupan di dunia dengan 181 juta pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia, akan meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa menerusi Kempen #Yes2Nomakeup, bermula 10 Februari hingga 8 Mac depan.
Kempen ini bertujuan untuk meraikan kecantikan wanita dan menggalakkan wanita di seluruh Malaysia untuk memuat naik gambar selfie mereka tanpa solekan menerusi saluran media sosial seperti Instagram dan Facebook. Bagi setiap selfie yang diambil, LINE akan menyalurkan RM0.50 kepada Persatuan Bertindak Wanita (AWAM). Menerusi kempen ini, LINE berharap dapat menerapkan idea bahawa semua wanita adalah sempurna seadanya mereka.
Untuk turut serta dalam kempen amal yang menyeronokkan ini, peserta perlu mengambil gambar selfie menggunakan aplikasi selfie B612 sambil memakai kemeja-t berwarna putih dan tanpa sebarang mekap. Peserta kemudian perlu memuat naik hasil selfie itu di rangkaian sosial masing-masing, hashtag #Yes2Nomakeup dan tag tiga rakan untuk menyebarkan maklumat ini. Hanya selfie dengan tera air B612 yang dapat dikesani dengan #Yes2Nomakeup layak dikira sebagai sebahagian daripada derma itu.
Kempen ini dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa dan penyertaan selebriti seperti Nora Danish, Atikah Suhaime, Soo Wincci, KeQing, dan selebriti lain yang gambar selfie tanpa solekan telah dimuat naikkan ke platform media sosial masing-masing.
Dilancarkan oleh LINE untuk iOS dan Android, B612 adalah aplikasi kamera yang direka khusus untuk penggemar selfie. Ia menghindarkan sebarang ciri yang tidak diperlukan dan hanya menumpu untuk menjadikan selfie anda kelihatan lebih cantik dan hebat.
Mengapa B612 sangat istimewa?
- Dengan kamera pandang-depan, selfie mudah dirakam hanya dengan menyentuh di mana saja bahagian skrin
- Tekan dan tahan skrin untuk merakam video selfie selama 3 saat
- 64 penapis direka khusus untuk kaki selfie
- Pemfokusan-lembut tanpa perlu persediaan sebelumnya
- Juga lengkap dengan ciri kolaj yang mudah digunakan
- Tiada bunyi kedengaran apabilia pengatup lepas, jadi anda tidak perlu bimbang dengan orang di sekeliling
- Tidak pernah sebegini mudah untuk berkongsi dengan rakan-rakan
Muat turun B612
App store: https://itunes.apple.com/us/app/b612-selfie-with-the-heart/id904209370?mt=8
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.linecorp.b612.android&hl=en